in ,

Budak Darjah 4 Hantar Surat Dengan ‘Pick Up Line’ Kepada Cikgu, Sungguh Berani!

page

Semua yang pernah berada di bangku sekolah pasti ada pengalaman sendiri atau menyaksikan rakan mereka menaruh hati kepada guru-guru yang kacak dan cantik.

BACA: Lelaki Kahwini 2 Orang Teman Wanita Kerana Tidak Mahu Patahkan Hati Mereka

Para guru juga pasti biasa menerima surat cinta dari para pelajar mereka, terutamanya pada hari-hari istimewa seperti hari guru atau hari terakhir di sekolah.

Itulah yang terjadi kepada seorang guru muda bernama Zulaikha yang berkongsi di Twitter menerima sepucuk ‘surat cinta’ dari seorang murid tahun 4 yang diajarnya, lengkap dengan ayat-ayat ‘pick up line’ yang memang lucu.

EBX1TR3VAAExr1N

EBX1TR3UEAE1hbr  EBX1TR5UcAEuv4g

EBX1TR3U8AA6gyV

Surat itu diberikan sempena hari terakhirnya mengajar di sekolah di Negeri Sembilan itu, namun kata Zulaikha dia tidak mengambil serius surat-surat seperti itu kerana sudah banyak kali menerimanya sepanjang mengajar di sekolah rendah.

Walaupun begitu gadis berusia 20 tahun itu tetap kagum dengan keberanian pelajarnya itu menulis pantun untuknya meskipun isi surat itu tidak begitu sesuai ditulis oleh kanak-kanak.

Guru mata pelajaran muzik dan seni visual itu berkata dia memang sukakan kanak-kanak dan tidak kisah jika mereka nakal, asalkan tidak kurang ajar.

Sumber: Twitter

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Capture-4-768×392-tile

Lelaki Kahwini 2 Orang Teman Wanita Kerana Tidak Mahu Patahkan Hati Mereka

main-13-tile

Restoran Jepun Tawar Menu ‘Ramen Dengan Ikan Pirana’ Pertama Di Dunia