in ,

Cabaran ‘Number Neighbour’ Gagal Sampai Kena Ugut Telefon Polis, Memang Geli Hati!

EBWDMYnU8AI5MQI-tile

Salah satu cabaran internet yang sedang melanda media sosial ketika ini adalah cabaran menghantar mesej kepada ‘jiran’ nombor anda.

BACA: Kuala Lumpur Bandar Ke-4 Paling Kuat Bekerja, Netizen Hairan Kenapa…

Caranya adalah dengan menghantar mesej kepada pemilik nombor yang mempunyai nombor bersebelahan dengan nombor telefon sendiri. Sebagai contoh, jika nombor telefon anda adalah 011-2345678, nombor ‘jiran’ anda adalah 011-2345677 atau 011-2345679.

Cabaran ini telah mendapat sambutan di negara barat apabila ramai pemain yang dapat mengenali jiran nombor mereka dan membuat kawan baru dengan cara tersebut.

Jiran nombor jadi kawan baru.

“Jiran nombor terbaik…”

“Semua dapat jiran nombor yang kurang ajar tapi saya…”

Malah ada yang bertuah untuk mendapati jiran nombor mereka adalah pelakon Captain America, Chris Evans.

Berikutan trend yang semakin tular di Twitter itu, netizen tempatan juga mula terjebak untuk cuba melakukan cabaran berkenaan.

“Selamat hari raya…”

“Zaman budak2 dah buat…”

“Macam seronok tapi orang Malaysia menakutkan…”

“Tengok jadi tak…”

Paling melucukan, jiran-jiran nombor dari Singapura yang paling tidak boleh chill, sampai ugut ingin buat laporan polis!

Jelas bahawa cabaran ‘number neighbour’ ini memang menyeronokkan bagi orang muda tetapi bagi yang tidak begitu biasa dengan trend internet pasti menganggap perbuatan menghantar mesej kepada orang yang kita tidak kenal hanya kerana nombor yang hampir sama sebagai pelik dan membuang masa.

Sumber: Twitter

 

 

 

Teacher-Who-Wears-Damaged-Shoes-Gets-Emotional-tile

Guru Pakai Kasut Buruk Ke Sekolah Dapat Kasut Baru Dari Pelajar, Ramai Terharu

67541153_2422523077808494_4739324548019650560_n-tile

Hanya Kerana Lapar, Kanak2 Ini Menghubungi Polis Untuk Buat Pesanan Pizza