in ,

Cikgu Tawar Bagi Kredit Ekstra Jika Video Tarian Tular, Mariah Carey Turut Sokong!

page

Seorang guru dari Amerika Syarikat telah tular di media sosial apabila dia dirakamkan membuat tarian lucu sambil diiringi oleh lagu Obsessed nyanyian diva Mariah Carey.

BACA: Gadis Bangga Akui Balas Dendam Kepada Guru Kerana Buku Dicampak, Netizen Bidas!

Video guru yang digelar Mr.H itu berjoget dirakamkan oleh pelajarnya dan dikongsikan salah seorang daripada mereka bernama Tania yang turut dapat dilihat dalam video itu sebagai penari latar.

Menurut gadis 16 tahun itu Mr.H berjanji akan memberikan kelasnya ‘kredit ekstra’ jika video berkenaan tular di media sosial sehingga mendapat 1 juta tanda suka.

Tweet berkenaan akhirnya mendapat perhatian penyanyi asal lagu berkenaan iaitu Mariah Carey sendiri yang menyokong Mr.H dan meminta orang ramai membantu pelajar-pelajar tersebut mendapatkan markah percuma.

Posting berkenaan kini telah meraih lebih 100 ribu likes dalam masa 2 hari. Memang beruntung pelajar yang dapat cikgu sporting macam Mr.H.

Sumber: Twitter

mark

“Niat Saya Bukan Utk Menghina… Saya Memohon Maaf…”- Mark Adam

hanis

Hanis Zalikha Tengah Syok Rakam Masak, Tiba2 Suara Anak Nangis Jadi Latar