in ,

Comel! Pokok Tumbuh Menjadi Hutan Berbentuk Kucing Di Tengah2 Padang

catshapeforest-768×432-tile

Pokok biasanya dapat tumbuh dengan sihat dan lebat di kawasan yang berangin dan mempunyai sumber air, serta kawasan yang terasing dari bunyi bising seperti di kawasan bandar.

BACA: Kura-Kura Nikmati Kek Buah-Buahan Istimewa Sempena Hari Jadi ke-60

Jadi tidak hairanlah sekumpulan pokok boleh tumbuh menjadi hutan kecil di tengah-tengah padang di wilayah Fukui, Jepun.

Yang menariknya, pokok-pokok itu tumbuh menjadi hutan yang berbentuk seperti kepala kucing, menyebabkan ramai yang terpesona dengan kejadian alam itu.

6_CATERS_CAT_SHAPED_FOREST_06-1280×960

Terdiri daripada pokok sakura, pokok berangan, dan 2 pokok cedar yang tinggi menyerupai bentuk ‘telinga kucing’, hutan yang digelar Yamabushi-Iwa itu adalah merupakan fenomena semula jadi dan bukan hasil campur tangan manusia.

4_CATERS_CAT_SHAPED_FOREST_01-768×579

Selain bentuk kucing, pemilik kawasan berkenaan, Kei Oumawatari berkata apabila dilihat melalui drone, hutan itu juga mengingatkan dia kepada watak Totoro dalam filem Ghibli ‘My Neighbour Totoro’. Pada sudut berbeza hutan itu boleh kelihatan seperti haiwan lain juga seperti arnab, tupai dan tikus bergantung pada imaginasi masing-masing.

Mungkin kerana Jepun sangat memandang tinggi pada kucing, semangat itu dipantulkan semula dalam alam sekitar.

Sumber: Youtube

7131cf0c03721909fef6047f28fd47d5-tile

“Macam Rozita Che Wan Tak?” Aaisyah Pakai Bulu Mata Palsu, Ini Balas Netizen

Gambar sekadar hiasan.

Teh Assam Dilelong Dengan Harga RM4,186 Sekilogram Catat Rekod Teh Paling Mahal Di Dunia!