in ,

Datin Shahida Tunaikan Haji, Saat Perpisahan Dengan Anak-Anak Buat Ramai Sebak

Screenshot_2019-08-07-06-47-28-009_com.instagram-tile

Dalam musim Haji ini, ramai selebriti yang telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima, antaranya termasuklah isteri kepada jutawan kosmetik, Datin Shahida.

BACA: Tampil Bertudung, Aksi Comel Aafiyah Cakap ‘Please’ Curi Tumpuan

Melalui sebuah kongsian video yang dibuat Aliff Syukri di laman Instagramnya, difahamkan Shahida bertolak ke Mekah bersama ibu mertuanya Bonda Rozita, sementara anak-anak tinggal bersama bapa mereka.

Dalam video berkenaan Aliff bersama anak-anaknya Ammar, Qadejah, Ibraheem, dan Yusof mengucapkan selamat tinggal kepada Shahida dan bonda Rozita mereka, namun Ibraheem atau lebih manja dipanggil Baem tidak dapat menahan sedih sehingga teresak-esak memeluk ibunya membuat ramai yang turut rasa kesedihannya.

Tidak kurang buat sebak adalah kata-kata Aliff yang meminta anak-anaknya supaya tidak sedih kerana dia masih ada untuk menjaga mereka bagi memujuk anak-anak yang terpaksa berpisah dengan ibu mereka.

Semoga ibadah keluarga Aliff Syukri di kota Mekah mabrur dan mereka sekeluarga dapat bersama kembali.

Sumber: Instagram

page-tile

Tidak Nampak Pintu Keluar, Gadis Ini ‘Langgar’ Dinding Kaca Bukan Sekali Tapi…

nenek gymnas main 2

Wanita 80 Tahun Masih Boleh Lakukan Rutin Gimnastik. Hebat!