in

Digelar Sebagai ‘Gambit’, Budak Lelaki Ini Boleh Potong Buah Dengan Kad Daun Terup

Capture-tile

Seorang budak lelaki dari China tular di internet kerana boleh melakukan ‘trick’ hebat memotong buah timun dan jagung menggunakan kad daun terup, sehingga dia disamakan dengan watak X-Men, Gambit dan Hisoka dari Hunter X Hunter oleh netizen

BACA:  Ibu Terjah Semasa Rakam Video ‘Raver’ , Gelagat Adik Beradik Ini Buat Berdekah!

Budak berumur 11 tahun bernama Wang Kai itu mula berlatih melakukan helah berkenaan pada usia 7 tahun setelah menonton aksi Chow Yun Fatt dalam filem ‘From Vegas to Macau’ tentang permainan kad terup.

Apabila diminta berkongsi cara dia melakukan helah itu, jelasnya kad perlu dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah. Bengkokkan pergelangan tangan ke arah badan dan tegangkan otot, kemudian berdiri sisi dengan satu kaki di hadapan dan pusingkan badan ketika melontarkan kad.

Walaupun nampak mudah, helah itu sebenarnya memerlukan kekuatan tangan yang tinggi.

Selain memotong buah, Wang Kai juga boleh memadamkan lilin, membuka penutup botol, dan melontar pada objek yang bergerak.

Walaupun begitu kemahirannya itu masih belum sempurna kerana sasarannya tidak selalu tepat dan dia hanya boleh melakukannya pada jarak yang dekat.

Sumber: Youtube

EB6p9SxXUAEZ-6z-tile

Simon Cowell Tampil Dengan ‘Wajah’ Baru, Netizen Beri Pelbagai Komen Lucu

page

Siput Bertukar Menjadi ‘Zombi’ Dengan Mata Bergerak-Gerak Deperti Beluncas, Gelinya!