in ,

Dimarahi Kerana Makan Rumput, Kucing Ini ‘Menjeling Mata’ Pada Tuannya

0_CATERS_CAT_ROLLS_ITS_EYES_06-1024×683-tile

Kucing mempunyai cara berkomunikasi mereka yang tersendiri. Setiap bunyi, gerak-geri dan mimik muka mereka mempunyai maksud yang cuba disampaikan kepada kawan manusia mereka.

BACA: Burung Aneh Ini Kelihatan Seperti Watak ‘Pokemon’, Netizen Terpegun

Ini dapat dilihat sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Serena Asfan dari Amerika ketika dia sedang merakam kucing peliharaannya Tiramisu, bermain di belakang rumah.

Dalam video berkenaan, Serena menyuruh Tiramisu berhenti apabila kucingnya itu mula mengunyah rumput kerana tidak mahu ia muntah, dan arahannya dipatuhi oleh kucing tersebut. Namun beberapa saat kemudian Tiramisu dilihat seolah-olah menjeling mata kepada pemiliknya itu.

Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi ‘menyampah’ kucing berkenaan sehingga kongsian Serena itu mendapat lebih 60 ribu retweet dan 222 ribu likes. 

“Perangai dia…” Screenshot_2019-08-03-03-09-38-464_com.twitter.android

“Kucing yang berani melawan buat dunia lebih menarik…”

Screenshot_2019-08-03-03-10-03-488_com.twitter.android

Ada juga yang menjelaskan bahawa lirikan mata kucing itu sebenarnya bermaksud dia faham kesalahannya dan meminta maaf.

Screenshot_2019-08-03-03-03-17-572_com.twitter.android

“Tanda kasih sayang…”

Screenshot_2019-08-03-03-04-19-297_com.twitter.android

Sumber: Twitter

zahirah

Zahirah Kongsi 7 Gaya ‘Bersemut’ Dengan Aiman, Terima 100 Ribu Tanda Suka!

0_CATERS_WHITE_INDIAN_WITH_RED_HAIR_01-768×512-tile

Gadis India Disangka Berpenyakit Kerana Mempunyai Rupa Paras Seperti Orang Putih