in

Gadis 14 Tahun Ini Cukup Kreatif ‘Cipta’ Lagu Sendiri & Nyanyi, Suara Sangat Merdu!

main sanity awang khenit 2

Benarlah kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seorang gadis berusia 14 tahun tular di sosial media kerana bakatnya yang mencipta dan menyanyikan sendiri lagu tema bagi siri animasi The Amazing Awang Khenit.

BACA: Rezeki Angin Kencang & Ombak Kuat, Pantai Di Langkawi Penuh Dengan Bronok!

Sebelum ini seorang pengguna Twitter, Hazbi Ghazan berkongsikan sedikit sedutan muzik video berjudul Sanity yang dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh gadis bernama Syafiqah Izzaty bt Syamsul Ikram atau lebih mesra dengan panggilan Fiqah.

Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai dengan 130,000 tontonan dan 7,300 retweets.

Kami sendiri sempat ‘berkenalan’ dengan Fiqah yang cukup berbakat ini. Menurut Fiqah, dia mula minat menyanyi sejak dari kecil lagi dan lebih tepat sewaktu di tadika. Dia mula minat membuat lagu selepas bapanya menghadiahkan ukelele semasa hari jadinya yang ke-12 tahun.

Watak utama dalam muzik video Sanity.
Watak utama dalam muzik video Sanity.

Tambahnya lagi, dia mendapat ilham untuk membuat lagu ini sewaktu dia menonton kartun. Katanya, banyak kartun yang dia suka ada lagu yang sedap. Kemudian dia terasa untuk membuat lagu sendiri.

Watak Awang Khenit sendiri ada dalam muzik video ini.
Watak Awang Khenit sendiri ada dalam muzik video ini.

Bercerita mengenai lagu Sanity ini, Fiqah berkata lagu ini adalah berkenaan hubungan persahabatan dan cinta. Maksud dalam lagu ini juga adalah apa yang sanggup dikorbankan untuk orang yang kita sayangi.

Fiqah, pelajar tingkatan 2 berbakat besar.
Fiqah, pelajar tingkatan 2 berbakat besar.

Jom dengar lagu penuh Sanity dengan suara merdu Fiqah di bawah:

Sumber video: Seadstudios / Hasbi_Ghazan

cat-in-the-fridge-tali-18-5d5fd701ab513__700-tile

Pelik! Kucing Ini Sangat Senang Hati Terkurung Dalam Peti Ais

bella

Kongsi Video, Ramai Rakan Selebriti Wanita Syukur & Ucap Tahniah, Bella Dally Hamil?