in ,

Ganjaran Lebih RM4,000 Bakal Diberi Kepada Individu Yang Sanggup Bercuti Tanpa Sebarang Gajet!

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Biasanya jika pergi bercuti pasti mahu merakamkan gambar dan muat naik di sosial media sebagai kenangan. Dah macam satu perkara wajib untuk merakamkan semua yang dilalui sepanjang percutian.

BACA: Kisah Tunai ‘Impian’ Pesakit Katil Sebelah Di Hospital Tak Kesampaian Ini Cukup Meruntun Hati

Tapi cuba anda bayangkan percutian tanpa sebarang gajet? Tiada telefon pintar, komputer riba, TV dan alatan mendengar muzik dibenarkan. Rasa-rasanya anda mampu atau tidak bercuti tanpa gajet?

Baru-baru ini SatelliteInternet.com menampilkan ‘Digital Detox Challenge’. Dalam cabaran ini peserta akan menerima wang tunai AS$1,000 (RM4,157) jika sanggup menghabiskan cuti hujung minggu di Taman Negara Joshua Tree di California.

Poster cabaran bercuti tanpa gajet ini.
Poster cabaran bercuti tanpa gajet ini.

Tapi dengan syarat, peserta tidak boleh menggunakan sebarang gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba selama dua atau tiga hari.

Bagaimanapun pada hari terakhir percutian peserta akan kembali dibenarkan menggunakan gajet untuk mencatatkan dan berkongsi pengalaman mereka.

Syarikat perkhidmatan internet yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu turut berkata individu yang berminat boleh mendaftarkan diri di laman web firma tersebut.

Taman Negara Joshua Tree di California.
Taman Negara Joshua Tree di California.

Individu yang terpilih akan menginap di kediaman yang cukup menarik dengan dilengkapi penyaman udara, tab mandi dan kolam renang.

Jadi apa yang boleh buat ketika berada di sana? Menurut laman web firma tersebut, peserta boleh menikmati keindahan bintang-bintang pada waktu malam, membaca buku atau berenang di dalam kolam mandi yang disediakan.

Wow, dua atau tiga hari sahaja tempoh percutian yang agak pendek. Pastinya ramai yang boleh melakukannya bukan?

Sumber: satelliteinternet

kisah jiran katil main 2

Kisah Tunai ‘Impian’ Pesakit Katil Sebelah Di Hospital Tak Kesampaian Ini Cukup Meruntun Hati

66501298_219082839070131_5283612066978711505_n-tile

“Tag Your Ex…”- Video Nyanyi Nabila Razali, Netizen Puji Suara ‘Terlebih Sedap’ Tapi…