in ,

Gara2 Cemburu, Elizabeth Tan Diugut ‘Simbah Asid’ Oleh Teman Wanita Psiko

67415655_713724979054150_6452818389826419819_n-tile

Setiap orang pasti ada ‘celebrity crush’ masing-masing tidak kira lelaki atau perempuan. Bagi sesetengah pasangan kekasih, perkara itu tidak memberi kesan kepada mereka kerana kemungkinan untuk pasangan mereka menjalinkan hubungan dengan selebriti terkenal adalah agak mustahil.

BACA: Rupanya, Sweet Qismina Juga Ada Iras ‘Dora’, 2 Keping Foto Berambut Pendek Terima Ribuan Likes!

Tetapi sering kali kita terbaca kisah teman wanita cemburu apabila teman lelaki mereka sangat meminati selebriti wanita lain.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi tinggi lampai, Elizabeth Tan apabila salah seorang peminat lelakinya kerap meninggalkan komen untuk foto-fotonya di Instagram.

View this post on Instagram

just the past few days 😊

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on

Akibatnya, teman wanita peminat Elizabeth atau mesra disapa Lizzie menghubungi pembantu peribadi penyanyinya Atirah melalui ‘direct message’ dan mengarahkannya untuk ‘block’ teman lelakinya, dan permintaannya itu dituruti Atirah yang juga kawan baik kepada Lizzie.

Teman wanita lelaki berkenaan masih menghubungi Atirah selepas itu untuk mempersoalkan mengapa kekasihnya masih boleh menghantar komen ke foto Lizzie sedangkan Atirah sudah menyekatnya, seterusnya menyuruh Atirah memberitahu Lizzie untuk menyekat teman lelakinya atau dia akan simbah asid ke muka penyanyi itu.

Bingung dengan kemahuan dan tabiat wanita ‘psiko’ itu, Lizzie menyatakan dia akan membuat laporan polis berkenaan ugutan itu demi keselamatan dirinya.

Sumber: Instagram

hari malas dunia main

Sambutan Festival ‘Malas’ Dunia Cukup Meriah Diraikan Dengan Pelbagai Ragam Gaya Masyarakat!

sajat

“Walaupun Saya Tak Sempurna, Tak Semestinya Saya Mendidik Anak-Anak Saya…”- Nur Sajat