in ,

Hasil Lukisan Remaja Autisme Ini Gah Tersergam Pada Arca Di Putrajaya. Syabas!

arca Wan Jamila main

Biarpun bergelar anak autisme, namun Wan Jamila Wan Shaiful Bahri miliki keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Remaja berusia 17 tahun ini cukup kreatif dalam menghasilkan lukisan dan hasilnya cukup wow sekali!

BACA: Gadis 14 Tahun Ini Cukup Kreatif ‘Cipta’ Lagu Sendiri & Nyanyi, Suara Sangat Merdu!

Terbaru hasil lukisannya tersergam indah di arca Putrajaya yang diletakkan di Dataran Putra. Arca dengan saiz 1.5 meter dan 2.4 meter tinggi itu dilukis oleh Wan Jamila sendiri dan diletakkan di situ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 hujung minggu ini nanti.

Lebih membanggakan, lukisan itu dipilih sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tonton proses menghasilkan lukisan ini melalui video berikut:

Hasilnya memang cukup luarbiasa! Menerusi laporan Harian Metro, lukisan remaja ini adalah berkonsepkan struktur bangunan dan jambatan terkenal di Malaysia dan turut dihiasi dengan doddle wanita pelbagai kaum serta bendera Jalur Gemilang.

Menurut ibunya, Wan Jamila berjaya menyiapkan lukisan ini dalam tempoh sebulan setengah tanpa bantuan sesiapa pun, semua dilakukannya sendiri.

Wan Jamila bersama hasil seninya.
Wan Jamila bersama hasil seninya.

Tambahnya lagi, ketika kecil anaknya ini suka meluahkan perasaan melalui lukisan dan lebih mengagumkan kerana dia boleh melukis sesuatu dengan terperinci mengenai sesuatu kejadian walaupun hanya dengan melihat sekali imbas.

Syabas anak muda yang bijak menggunakan kelebihan diri untuk berjaya! Cukup membanggakan dengan pencapaiannya hari ini. Bukan biasa-biasa!

Sumber: Harian Metro / artjamila

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pu azman

PU Amin ‘Sakat’ PU Azman, Watak Viral Ngorat ‘Ibu’ Mira Memang Menjadi!

page

Remy Ishak Kongsi Gambar Di Hospital Minta Sokongan, Netizen ‘Gugur Jantung’