in ,

Hati-Hati Ditegur Orang Tak Dikenali, Gadis Ini Kongsi Detik Cemas Dialaminya Ketika Dalam KTM!

diganggu dalam KTM main

Seringkali kita mendengar nasihat dari orang lain untuk sentiasa berhati-hati tidak kira di mana juga. Namun begitu, kadang-kadang biarpun sudah mengambil langkah berjaga-jaga ada juga perkara yang tidak diingini berlaku.

BACA: Karakter Filem Adiwira Indonesia Fasa 1 Diperkenal, Bront Palarae Antara Pelakonnya…

Malah kejadian yang tidak diingini ini berlaku tanpa kita sendiri sedar tidak sepatutnya berlaku.

Baru-baru ini seorang gadis berkongsikan kisah bagaimana dia diganggu seorang lelaki yang tidak diingini ketika dalam perjalanan ke Shah Alam dari Bangi menggunakan KTM.

Tweet yang dikongsikan Fazlina.
Tweet yang dikongsikan Fazlina.

Menurut gadis yang bernama Fazlina Suhaili, pada 18 Ogos lalu dia menaiki KTM dari UKM menuju ke Shah Alam untuk menghadiri kursus. Pada waktu itu sekitar jam 7.30 pagi dan masih belum ramai penumpang menaiki kenderaan awam itu.

Dia yang duduk berseorangan sedang bermain telefon pintar dan sedang mendengar lagu menggunakan earphone perasan ada seorang pak cik yang kelihatan tua dan berpakaian kurta putih dengan kopiah putih serta membawa beg. Menjelaskan rupa paras lelaki itu yang berkulit cerah dan berjanggut, memang nampak sangat baik.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Tambahnya lagi, pada waktu itu Fazlina duduk di kerusi panjang dalam keretapi itu dan tiba-tiba lelaki itu duduk di sebelahnya. Lelaki itu bertanya dia mahu ke mana dan belajar di mana.

Dia menjawab mahu ke KL Sentral dan di mana dia belajar. Pada waktu itu Fazlina tidak mengesyaki apa-apa. Namun tiba-tiba lelaki itu semakin lama makin rapat dengannya sehingga dia perlu meletakkan bag di antara mereka.

“Bayangkan dia letak tangan dekat kerusi, seumpama dia memandang, memerhati kau yang di sebelahnya saja. Kau tengah main phone tetiba dia nak cium kau. B*b* kan? Tapi aku sempat bangun time ni”, tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Fazlina mahu bangun dan lari dari lelaki tersebut tapi tiba-tiba lelaki itu cakap, “pandanglah mata saya”. Siapa yang tidak cemas kalau lelaki yang tidak dikenali berkelakuan beginikan?

Ceritanya lagi, lelaki itu kata dia ‘single father’, dia minta nombor telefon, siap tanya esok ada kelas ke, sambil pegang dia punya….

Nasib Fazlina tidak diapa-apakan dan dia sempat melarikan diri bila sampai ke stesen seterusnya iaitu hentian Kajang. Biarpun begnya ditarik lelaki itu, namun dia berpura-pura mahu turun ke hentian itu dan terus lari ke tempat duduk di depan sekali.

Kronologi kisah pengalaman yang tidak dapat dilupakan gadis ini.
Kronologi kisah pengalaman yang tidak dapat dilupakan gadis ini.

Nasihatnya, sentiasa berhati-hati dengan sekeliling dan jangan peramah sangat dengan orang yang tidak dikenali.

Sumber: Fazlina Suhaili

intan5

“Mesin Atm Ke”- Dituduh Pilih Tunang Sebab ‘Kaya’, Ini Balas Intan Najuwa!

didi

“Haha Jum Buat”- Video Raih 300 Ribu Views, Bella ‘Menari’ Bersama Adik, Macam Kembar!