in ,

Hebat! Buku Harry Potter Bernilai £1 Dengan ‘Typo’ Terjual Pada Harga £34,200

3_CATERS_HARRY_POTTER_BOOK_AUCTION_04-768×453-tile

Bagi peminat tegar siri Harry Potter pasti tahu kisah J.K Rowling, penulis buku kanak-kanak paling terkenal di zaman ini yang dulunya sering ditolak banyak syarikat penerbit.

BACA: Peminat Sangkal Parut Harry Potter Yang Dianggap Sebagai Panahan Petir

Tanpa mengetahui impak penulisan JK Rowling atau lebih mesra disapa Jo, edisi pertama bagi buku pertama dalam siri Harry Potter itu akhirnya diterbitkan oleh syarikat Bloomsbury pada tahun 1997. Oleh kerana itu buku Harry Potter and the Philosopher’s’ Stone edisi pertama memegang nilai sentimental yang sangat berharga.

0_CATERS_HARRY_POTTER_BOOK_AUCTION_01-e1564649666472

Walaupun terdapat beberapa kesalahan typografi dalam terbitan pertama buku itu seperti ejaan Philosopher’s’ pada kulit buku dan pengulangan tongkat sakti dalam senarai peralatan, seorang peminat bertuah apabila buku yang dibeli 20 tahun lalu pada harga £1 (RM5) kini telah terjual dalam satu lelongan pada harga £34,200! (RM 172,978).

Harry Potter BOOK AUCTION

Buku berkenaan dianggap ‘rare’ kerana edisi pertama hanya diedarkan ke perpustakaan dan sekolah. Jadi bagi yang menyimpan buku pertama Harry Potter bolehlah periksa jika anda memiliki buku yang jarang didapati itu.

Sumber: The Independent

Gambar sekadar hiasan.

Teh Assam Dilelong Dengan Harga RM4,186 Sekilogram Catat Rekod Teh Paling Mahal Di Dunia!

kembar planet bumi main

NASA Temui Tiga Planet Baru Dan Salah Satunya Dikatakan Sama Seperti Bumi!