in ,

Ibu Buka ‘Jawatan Kosong’ Di Rumah Untuk Ajar Anak Usaha Buat Duit Sendiri

1_Mum-holds-job-interviews-for-her-kids-to-get-them-to-do-housework (3)-tile

Setiap ibu bapa pasti biasa melayan kerenah anak meminta wang untuk membeli itu ini, tetapi seorang ibu ini mendapat idea untuk mengajar anak-anaknya nilai sebenar wang.

BACA: Semangat Gadis Ini Buat 5 Kerja Sampingan Biarpun Masih Bergelar Pelajar Beri Inspirasi!

Shaketha McGregor yang penat mendengar rungutan anak-anaknya meminta telefon bimbit baru dan wang untuk melepak, membuka ‘jawatan kosong’ di rumahnya di mana anak-anaknya boleh mendapat upah melakukan kerja rumah.

0_Mum-holds-job-interviews-for-her-kids-to-get-them-to-do-housework

Shaketha menjelaskan situasinya di Facebook setelah dia memberitahu anak-anaknya jika mereka inginkan duit mereka perlulah bekerja. Dia mengiklankan 3 jawatan kosong iaitu pengurus dapur, ketua pengemas rumah dan pengawal dobi.

1_Mum-holds-job-interviews-for-her-kids-to-get-them-to-do-housework

Dia juga membuat borang aplikasi untuk ‘calon’ mengisi pengalaman, tempoh dan waktu bekerja, serta jumlah gaji yang diinginkan.

1_Mum-holds-job-interviews-for-her-kids-to-get-them-to-do-housework (1) 1_Mum-holds-job-interviews-for-her-kids-to-get-them-to-do-housework (2)

Rata-rata netizen menyokong dan kagum dengan idea bernas Shaketha itu kerana mereka percaya bahawa anak-anak akan lebih berjimat cermat membelanjakan wang yang diusahakan sendiri daripada wang yang diberi tanpa usaha.

Sumber: Facebook

5 kerja part time main

Semangat Gadis Ini Buat 5 Kerja Sampingan Biarpun Masih Bergelar Pelajar Beri Inspirasi!

page

Lelaki Bancuh Teh Tanpa Mengikut Urutan Yang Betul, Netizen Tak Dapat Terima