in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Ingat Kelakaaa Ke!!!”- Kereta Double Park Tinggal Nota ‘Lu Pikir Sendiri’, Nabil Bengang

Screenshot_2019-08-01-02-46-30-698_com.instagram-tile

Selebriti Nabil Ahmad sangat dikenali dengan perwatakkan yang ceria dan rileks. Tetapi sesempoi mana pun seseorang itu, mood baik tetap boleh berubah buruk kerana setiap orang mempunyai tahap kesabaran masing-masing.

BACA: “Dia Punya Semangat Tuh…”- Gara2 Nak Review Produk, Seluar Azad Jazmin Sampai Terlondeh

Itulah yang dapat dilihat dalam video terbaru yang dimuat naik ke Instagram di mana pelakon tu sedang bengang kerana keretanya telah di ‘block’ oleh kereta lain.

Lebih memburukkan keadaan, kereta yang melakukan double park itu bukan meninggalkan nombor telefon, tetapi sekeping nota yang bertulis, ‘Lu pikir sendiri.’ yang juga merupakan tagline pelawak itu.

Perkara itu membuat Nabil yang ingin segera pulang ke rumah semakin bengang dengan gurauan tidak bertempat tersebut. Dia dan isteri juga tertanya-tanya jika ada orang yang sengaja mengenakan prank ke atasnya.

Dalam video kedua, Nabil menghampiri kereta berkenaan untuk melihat jika brek tangan kenderaan itu ditarik, dan terkejut mendapati kereta itu menjatuhkan handbrake membolehkan Nabil menolak kereta itu kebelakang.

Walaupun dia akhirnya menggelakkan situasi itu kerana tidak ‘pikir sendiri’ sebelum mengamuk, dia tetap menganggap gurauan itu sebagai kurang ajar. Rata-rata netizen turut bersetuju dengannya.

“Buatnya org ada emergncy kes…”

Screenshot_2019-08-01-02-11-08-828_com.instagram.android

“Jarang tengok Nabil marah…”

Screenshot_2019-08-01-02-11-02-455_com.instagram.android

“Kira tahap dewa marah tu…” Screenshot_2019-08-01-02-11-57-367_com.instagram.android

Sumber: Instagram

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

piracy blockr 1-main

Teknologi ‘Watermark’ Inframerah Dicipta Untuk Halang Cetak Rompak Filem Dari Pawagam

angkut rumah main

Raih Lebih Dari 600 Ribu Tontonan, Video Rumah ‘Diangkat’ Tular Di Sosial Media!