in ,

NASA Temui Tiga Planet Baru Dan Salah Satunya Dikatakan Sama Seperti Bumi!

kembar planet bumi main

Sama seperti lautan yang masih banyak lagi manusia belum terokai, ruang angkasa lepas yang terbentang luas menjadi satu perkara yang ada pelbagai perkara yang belum terungkai.

BACA: Teh Assam Dilelong Dengan Harga RM4,186 Sekilogram Catat Rekod Teh Paling Mahal Di Dunia!

Baru-baru ini NASA mengumumkan mereka menemui tiga planet baru. Salah satunya memiliki ciri yang hampir sama dengan bumi malah ia berpontensi untuk dijadikan tempat tinggal satu hari nanti.

Planet GJ 357 d ini dikatakan bersaiz enam kali lebih besar dari bumi dan terletak pada hanya jarak 31 tahun cahaya dari Bumi.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Ia juga memiliki suhu sederhana yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Malah NASA masih mengkaji kemungkinan kewujudan air di planet tersebut.

Menurut seorang profesor astronomi di Cornell University, Lisa Kaltenegger, penemuan ini sangat menarik namun masih banyak kajian harus dijalankan.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Antaranya adakah planet ini memiliki lapisan atmosfera seperti bumi? Jika ya, mungkin planet ini mampu memerangkap haba dan jika ia mempunyai suhu bersesuaian mungkin akan ada air di sana.

Untuk mengetahui lanjut mengenai penemuan planet terbaru ini sama-sama kita nantikan hasil kajian dari pihak yang mempunyai kepakaran mengenainya.

Sumber: Daily mail

3_CATERS_HARRY_POTTER_BOOK_AUCTION_04-768×453-tile

Hebat! Buku Harry Potter Bernilai £1 Dengan ‘Typo’ Terjual Pada Harga £34,200

0_Woman-shares-story-about-husband-eating-a-whole-bar-of-laxative-chocolate (2)-tile

Akibat Tersalah Makan Coklat ‘Julap’, Lelaki Ini Tidak Dapat Berhenti Ke Tandas