in

Kajian Dapati Kanak-Kanak Kini Lebih Ramai Mahu Jadi Bintang YouTube Berbanding Angkasawan

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Zaman sudah berubah. Jika dahulu bila ditanya pada kanak-kanak bila besar nanti mahu jadi apa, jawapannya doktor, guru, peguam dan pelbagai profesion hebat lain. Namun kini semuanya sudah berubah mengikut peredaran zaman.

BACA: Troli Gergasi Boleh Muatkan 165 Beg Beli Belah Dan 6 Penumpang

Menerusi sebuah kajian yang dijalankan baru-baru ini, kanak-kanak lebih ramai menyatakan hasrat untuk menjadi seorang bintang YouTube atau pun internet.

Kajian yang dijalankan oleh LEGO dan Harris itu adalah bersempena ulangtahun ke-50 manusia menjejakkan kaki ke bulan.

Hasilnya hanya 11 peratus dari kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun berkata mahu bekerja untuk NASA dan 29 peratus mahu hidup mereka di siarkan secara langsung di internet.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Bagaimanapun kajian ini hanya dijalankan di Amerika dan mereka percaya keputusan yang diperolehi ini disebabkan kanak-kanak ini lebih terdedah kepada dunia maya.

Malah keputusan ini juga cukup membimbangkan kerana kanak-kanak adalah pelapis untuk meneruskan kerjaya profesional seperti angkasawan. Bayangkan jika suatu hari nanti kanak-kanak yang akan dewasa dan tidak berminat untuk memiliki kerjaya profesional?

Ryan, salah seorang bintang YouTube terkenal.Ryan, salah seorang bintang YouTube terkenal.
Ryan, salah seorang bintang YouTube terkenal.

Mungkin pada hari ini kanak-kanak terlalu terdedah dengan internet dan menjadikan bintang YouTube sebagai idola mereka.

Harapnya mentaliti ini masih boleh diubah dan keputusan ini bukanlah mewakili seluruh kanak-kanak di dunia.

Sumber: Inc

67672540_498507000960424_2340359643808141194_n-tile

“Mcm Bidadari”- 2 Keping Foto ‘Gojes’ Wawa Zainal Bikin Ramai Tertawan!

page

Wanita Dedah ‘Helah’ Persembahan Silap Mata Suaminya Ketika Rakaman