in

Kasut Putih Kesayangan Kotor? Usah Risau Jom Ikuti Cara Untuk Bersihkan Ini…

cuci kasut putih main

Bila tengok kasut sneakers warna putih yang orang lain pakai nampak macam cun je, tapi mesti ada yang terfikirkan jika terkena kotoran susah pula mahu menghilangkannya.

BACA: Ramai Yang Puji Lirik Lagu Rap Kumpulan Kanak-Kanak Ini. Memang Berbakat!

Ada yang berpendapat penampilan diri itu boleh cerminkan tahap kebersihan seseorang. Dah pakai kasut warna putih dengan padanan baju dan seluar yang sesuai memang nampak bergaya. Sekali kasutnya pula kotor…eeew!

Sudah cuba basuh, sental dengan sabun pun sudah, tapi kesan kotoran ini tetap tidak mahu tanggal. Buntu dibuatnya!

Jangan risau, cuba cara yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Twitter, Mahathir ini.

Bahan yang diperlukan.

Dua bahan wajib ada, bahan ini ringkas dan mudah sahaja kerana boleh diambil dari dapur sahaja iaitu cuka dan baking powder.

Dua bahan yang diperlukan.
Dua bahan yang diperlukan.

Kaedah dan hasilnya…

Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu baking powder dan cuka secukupnya. Kemudian berus bahagian kotor menggunakan berus gigi. Selepas kesan kotoran hitam hilang, lap dengan tisu.

Menurut lelaki ini kaedah yang digunakannya ini berjaya 99% menghilangkan kotoran degil.

Ini hasilnya, nampak macam kasut baru!

Gambar sebelum dan selepas.
Gambar sebelum dan selepas.

Sumber: Madermn

nenek gymnas main 2

Wanita 80 Tahun Masih Boleh Lakukan Rutin Gimnastik. Hebat!

seni daun kering main

Hebat, Wanita Ini Guna Daun Kering Untuk Hasilkan Seni Kreatif Sebegini Rupa!