in

Kisah Tunai ‘Impian’ Pesakit Katil Sebelah Di Hospital Tak Kesampaian Ini Cukup Meruntun Hati

kisah jiran katil main 2

Beberapa hari lalu tular mengenai satu kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita melalui laman Facebooknya. Perkongsiannya itu raih 8,200 shares dan cukup meruntun jiwa netizen.

BACA: Koleksi ‘Chat’ Penjual Dalam Talian Bersama Pelanggan Ini Memang Kelakar Habis!

Ara Rahima berkongsikan mengenai kisah pesakit di sebelah katilnya ketika dia dimasukkan ke Hospital Elizabeth, Kota Kinabalu.

Pesakit itu adalah remaja yang berusia 13 tahun dan tubuhnya kecil. Dia dijaga oleh ibunya dan wanita ini sempat menjadi jiran remaja ini selama 4 malam.

Sepanjang berada di hospital berkenaan dia sering terdengar jeritan gadis berkenaan menahan sakit ketika doktor mahu mengambil darah.

Kira duit syiling untuk beli makanan.

Menurutnya dari apa yang doktor cakap gadis itu alami apendiks bengkak dan dia memang tiada selera makan.

“Mamanya cakap dia mahu makan KFC tapi tidak tahu nak beli kat mana. Saya kirim pada suami belikan dia KFC. Malam itu juga dia dapat makan KFC. Esoknya dia mahu makan Uncle Bob pula, syukur dapat tunaikan juga,” tulis wanita ini.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Lebih menyayat hati apabila ibu remaja ini mahu belikan makanan dan dia kumpul duit syiling, tapi tidak jadi. Mungkin dia tidak cukup duit.

Syukurlah suami Ara Rahima murah hati dan menghulurkan sedikit duit buat ibunya membeli makanan.

Bertukar nombor telefon.

Sebelum Ara Rahima dibenarkan pulang ke rumah dia sempat bertukar nombor telefon dengan ibu remaja berkenaan dan berjanji akan datang melawatnya.

Ara Rahima kemudiannya datang melawat remaja berkenaan menunaikan janjinya. Namun remaja berkenaan kelihatan sudah tidak bermaya.

Tambahnya lagi pada waktu itu dia ada belikan bubur McD dan cuba suap, tapi remaja berkenaan tidak mahu kerana tiada selera.

Permintaan terakhir.

Sebelum pulang Ara Rahima sempat berbual dengan remaja berkenaan. Dia meminta Ara Rahima membelikannya kek cheese serta ada tulisan ‘Happy birthday mummy’ untuk hari esok. Katanya hari esok bapanya datang dan dia mahu raikan bersama.

Kek yang dibelikan Ara Rahima.
Kek yang dibelikan Ara Rahima.

Bila tiba keesokan harinya Ara Rahima menghubungi ibu remaja berkenaan untuk datang melawat, namun berita yang dikhabarkan sungguh membuatkannya tidak dapat menahan sebak. Remaja itu sudah pun menghembuskan nafas pagi itu.

Jenazah ketika hendak dibawa pulang ke Kampung Lipasu Lama Ranau
Jenazah ketika hendak dibawa pulang ke Kampung Lipasu Lama Ranau

“Pada masa sama, saya hampir terduduk kerana melihat jenazahnya dalam keadaan senyum dan mungkin dia gembira kerana permintaannya sudah dipenuhi,” katanya.

Sumber: Harian Metro / Chie Chiey

be014e68d6abd0742dab79bf33a7059b-tile

Lagu ‘Cowok Baru’ Dikatakan Penyebab Kejadian Di Jakarta, Aliff Syukri Hampir Putus Asa

Gambar sekadar hiasan.

Ganjaran Lebih RM4,000 Bakal Diberi Kepada Individu Yang Sanggup Bercuti Tanpa Sebarang Gajet!