in

Kit Kat Jepun Tukar Bungkusan Plastik Kepada Kertas Yang boleh Dijadikan Origami!

kit kat origami main

Jenama Kit Kat cukup terkenal di serata dunia. Jika di Malaysia ada jenis-jenis tertentu sahaja yang dijual, tapi di Jepun pelbagai perisa yang boleh didapati.

BACA: Iphone Meletup Gara-Gara Tukar Bateri Di Danau Kota. Nasib Sempat Baling!

Terbaru, Kit Kat Jepun tampil dengan bungkusan baru yang lebih menarik berbanding sebelum ini. Terdahulu bungkusan Kit Kat adalah dari plastik tapi kini ia hadir dengan bungkusan kertas.

Lebih menarik lagi, ia boleh dijadikan origami selepas anda selesai makan coklatnya. Malah anda juga boleh menulis nota di atasnya dan dilipat menjadi origami sebelum diberikan kepada sahabat atau yang tersayang. Idea kitar semula ini cukup unik sekali!

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan plastik boleh menyebabkan pencemaran alam kerana ia memakan masa cukup lama untuk terurai. Lebih teruk lagi, plastik turut memberi ancaman kepada kehidupan di bumi.

Jadi dengan rekaan bungkusan terbaru Kit Kat ini, ia dapat mengurangkan penggunaan plastik di bumi. Ini terbukti apabila inisiatif tersebut dapat mengurangkan penggunaan 418 tan plastik yang digunakan Nestle setiap tahun.

Terdapat lima jenis coklat Kit Kat yang dikeluarkan dengan bungkusan baru iaitu seperti berikut:

The Kit Kat Mini Otona no Amasa (Adult Sweetness)
Kit Kat Mini Otona no Amasa (Adult Sweetness)
The Kit Kat Mini Otona no Amasa Matcha
Kit Kat Mini Otona no Amasa Matcha

The Kit Kat Mini Otona no Amasa Strong Matcha

The Kit Kat Mini Original
Kit Kat Mini Original

 

Pek Kit Kat Mini eksklusif dijual hanya di kedai serbaneka turut dibungkus dengan kertas origami.
Pek Kit Kat Mini eksklusif dijual hanya di kedai serbaneka turut dibungkus dengan kertas origami.

Harapnya selepas ini ada jenama produk lain yang terinspirasi dengan usaha Kit Kat tersebut dalam mengurangkan penggunaan plastik.

Sumber: Soranews24

67387247_733402433769268_1741581786398502720_n-tile

“Uishhh!! Asal Muka Ko Rakus Sgt!!!…”- Achey Payung Foto Kahwin, Terima Komen Lucu!

67931556_405809050046104_9214655915495843040_n-tile

“Kawin Sat La.. Toksah Call.. Kami Busy!”- Azhan Rani Post Foto Kahwin Rita Dikatakan Sesuai