in

Lelaki Ini Buat Biskut ‘Handphone’ Semata-Mata Untuk Prank Polis Trafik

page-tiledf

Dalam zaman serba moden ini sukar bagi kita untuk menjalani kehidupan seharian tanpa kemudahan telefon pintar di sisi kerana boleh dikatakan segala pekerjaan memerlukan kita ‘berkomunikasi’ dengan orang lain dalam apa jua cara.

BACA: Syarikat Jepun Cipta Mi Segera Dengan Semua Nutrien Yang Diperlukan Oleh Tubuh

Malangnya penggunaan telefon bimbit adalah dilarang ketika memandu, tetapi masih ramai yang ditahan polis trafik kerana tidak mengikut undang-undang.

Perkara ini mungkin membuatkan segelintir orang geram, salah seorangnya adalah pengguna TikTok atas nama Wardega dari Rusia yang berkongsikan videonya membuat biskut berbentuk telefon bimbit untuk mengenakan polis trafik.

Dia kemudian ‘menggunakan’ telefon bimbit itu ketika sedang memandu untuk sengaja membuatkan dirinya ditahan dan rancangannya iitu berjaya.

Apabila polis memberitahunya dia ditahan kerana menggunakan telefon ketika memandu, lelaki itu dengan selamba menggigit biskut telefonnya itu membuatkan polis itu terkedu.

Rata-rata netizen terhibur dengan cara gurauannya itu serta reaksi yang ditunjukkan polis berkenaan dalam video pendek tersebut walaupun caranya itu tidak memberi apa-apa kesan yang kekal terhadap undang-undang jalan raya.

Sumber: Twitter

 

hafiz

“Kesian Bini Kita Sama2 Ngandung 9 Bulan, Tapi Muka Anak Sama Dgn Muka Kita…”

page-tile

Remaja Tunjuk Kemahiran Potong Kentang Tanpa Melihat, Netizen Kagum!