in

Lelaki Ini Kongsi Kisah Rezeki Tak Diduga Datang Selepas Beri Kucing Makan…

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Rezeki itu datang dalam pelbagai cara. Bukan sekadar wang ringgit, tapi dari segi kesihatan, kebahagiaan hidup dan lain-lain juga adalah rezeki. Setiap individu rezeki yang hadir adalah berbeza.

BACA: Wow, Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50 Pasangan Ini Disambut Bak Raja Sehari!

Sama seperti kisah lelaki ini yang berkongsikan bagaimana dia menerima rezeki yang tidak diduga.

Berkongsikan kisah mengenainya melalui satu tweet di laman Twitter miliknya, kisah lelaki ini mendapat perhatian ramai dengan lebih 14,000 retweets dan 18,300 tanda suka.

Menerusi perkongsian pemilik akaun Aidil Zharif, kisahnya ketika dia bersarapan di sebuah kedai mamak. Ada seekor kucing menghampirinya dan membuat bunyi meow seolah kelaparan dan meminta makan.

EBzk61SU0AENP89

Lalu dia memberi sedikit ayam. Usai makan, dia ke kaunter untuk membayar makanannya dan sungguh terkejut apabila bilnya itu sudah dibayar oleh individu yang tidak dikenalinya.

“Dik, ada hamba Allah dah tolong bayarkan minuman dan makanan adik,” tulisnya.

Dari situ dia sangat bersyukur dan percaya Allah itu Maha Pemurah. Biarpun kisahnya ini cukup ringkas, tapi ada orang bayarkan makan juga adalah rezeki yang tidak diduga bukan?

Susulan kisah lelaki ini ada juga beberapa netizen yang turut berkongsi kisah hampir sama dengannya iaitu rezeki yang mereka terima selepas memberi kucing makan.

Kisah 1

rezeki xterduga 1

Kisah 2

rezeki xterduga 2

Kisah 3

rezeki xterduga 3

Sumber: Aidil Zharif

anniversary wedding 50s main

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50 Pasangan Ini Disambut Bak Raja Sehari!

1b392555cec525cc36655793b62f6a94-tile

Aliff Syukri Merayu Kepada Netizen Agar Video Tidak Di ‘Report’ Gara2…