in ,

Lelaki Kahwini 2 Orang Teman Wanita Kerana Tidak Mahu Patahkan Hati Mereka

Capture-4-768×392-tile

Semua orang pasti inginkan jodoh yang terbaik buat diri mereka, tetapi kadang kala calon teman hidup yang datang adalah lebih dari seorang membuatkan seseorang itu bingung dan terpaksa membuat solat istikharah untuk mengetahui siapakah jodoh sebenarnya.

BACA: Lelaki Ini Akan Memandu Sejauh 35,000 KM Ke Jerman Untuk Mengahwini Teman Wanitanya

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Kalimantan Barat Indonesia yang mempunyai 2 orang teman wanita dan terpaksa membuat pilihan siapa yang patut dia kahwini.

Namun, untuk mengelakkan daripada salah seorang terluka akibat cinta ditolak, lelaki tersebut akhirnya membuat keputusan untuk mengahwini kedua-dua mereka secara serentak.

Menariknya, kedua-dua wanita itu setuju untuk bermadu dan kelihatan gembira pada hari perkahwinan.

Capture-1-1

Selain itu semua ahli keluarga dari ketiga-tiga belah pihak turut memberi restu kepada pasangan itu dan hadir meraikan mereka pada majlis perkahwinan.

Kata lelaki itu, dia tidak ingin sesiapa patah hati jika dia memilih salah seorang daripada mereka jadi dia memilih kedua-dua calon sebagai isterinya.

 

Sumber: Instagram 

asyraf

Baru Kahwin, Instafamous Asyraff Mazlan Kongsi Rasa ‘Sebak’ Jadi Iman Buat Isteri

page

Budak Darjah 4 Hantar Surat Dengan ‘Pick Up Line’ Kepada Cikgu, Sungguh Berani!