in ,

Luar Biasa! Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan Hardware PC Gaming

lamaran rare main

Jika dalam cerita Hollywood, kalau mahu melamar kekasih pasti akan ada sebentuk cincin dan juga bunga. Kedua benda ini bagaikan satu ‘starter pack’ perlu disediakan untuk mengajak si kekasih hati mendirikan rumah tangga.

BACA: Gara2 Kereta Rosak, Sesi Pengambaran ‘Outdoor’ Pengantin Diubah. Hasilnya Memang ‘Rare’!

Namun berbeza bagi lelaki dari negara jiran kita, Indonesia. Dia memilih untuk menghadiahkan satu ‘set hardware PC gaming high end’ kepada kekasihnya. Wow, zaman benar-benar sudah berubah!

Tidak perlu acara romantik, cincin dan bunga lagi untuk buat si buah hati setuju untuk berkahwin.

Ervan Pratama yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur memilih untuk memberi hadiah ini kerana dia dan kekasihnya, Tiara sangat suka bermain game Battlefield.

Antara hadiah dari lelaki ini buat kekasihnya.
Antara hadiah dari lelaki ini buat kekasihnya.

 

Antara hadiah yang diberikannya adalah Motherboard Gigabyte Aorus Elite B450M, prosesor AMD Ryzen 5 3600, VGA Gigabyte AMD Radeon RX 5700 XT, power supply Corsair HX750 dan beberapa komponen PC lain kepada kekasihnya itu. Kesemuanya bernilai 10 juta rupiah (lebih kurang RM3,000).

Ervan dan Tiara bersama hadiah mereka.
Ervan dan Tiara bersama hadiah mereka.

 

Menurut Ervan niat murninya itu mendapat sokongan dari orang tuanya. Malah dia turut akui memberi hadiah itu semua untuk digunakan selepas bernikah nanti. “Lepas balik kerja bolehlah lepaskan lelah dengan bermain game atau tonton filem yang kami suka,” ujarnya.

Memang terbaiklah idea pasangan ini. Fikir jauh dan sangat rare!

Sumber: Tribunnews

ben 4

“Ben Dekat Belakang Malu2 Je… Shy Guy. Suka Pula…”- Netizen

issey video sedih main

Luah Rasa Kehilangan Ibu, Video Issey Ini Buat Ramai Yang Tersentak Dan Sebak…