in ,

Majikan Pecat Pelajar Praktikal Pada Hari Pertama Hanya Kerana Pakai AirPods

uploadsstorythumbnail81202790ee6f3-c5ba-4f71-80b6-c19fd67e4415-tile

Kini tidak hairan lagi, apabila melihat pelajar atau anak muda yang belum mendapat pekerjaan mampu membeli iPhone model terkini menggunakan duit sendiri.

BACA: Pemandu Uber Kejutkan Pekerja Restoran Segera Dengan Hadiah Kerana…

Tetapi seorang majikan yang merupakan CEO sebuah syarikat telah menulis di halaman Linked In tentang kisahnya memecat seorang pelajar praktikal di syarikatnya hanya kerana menggunakan AirPods dari Apple.

airpods-in-ear-mikah
Foto sekadar hiasan

Menurutnya, dia telah mengambil 5 orang pelajar pelatih dan pada hari pertama mereka bekerja, dia ternampak salah seorang daripada mereka menggunakan peranti itu ketika ingin mengambil air minuman.

bart

 

Dia kemudian bertanya kepada pelajar praktikal itu apa yang membuatkan dia rasa dirinya layak untuk memakai AirPods sedangkan dia hanya pelatih yang tidak dibayar gaji. Pelajar itu hanya menjawab “kerana ia mudah”.

Lelaki itu kemudian berkata “Mudah juga untuk saya memecat awak sekarang…”

Dia kemudian menjelaskan bahawa pelajar tidak layak menggunakan AirPods sepertimana pekerja bawahan tidak patut datang ke kerja dengan kereta yang lebih mewah dari bos.

Hujah tidak masuk akal lelaki itu mendapat tentangan ahli Linked In yang lain yang menganggapnya pelik dan tidak rasional.

Sumber: Mirror 

page

Pemandu Uber Kejutkan Pekerja Restoran Segera Dengan Hadiah Kerana…

1-tile

Gara2 Anak Meragam Dalam Kereta Api, Lelaki Jepun Ini Disiasat Polis