in

“Myvi Guys, Bukan Biasa-Biasa” – Pakcik Ini Tular Hanya Kerana Kereta Yang Dibawanya…

myvi lambo main

Sejak beberapa hari lalu, nama kereta Perodua jenis Myvi seringkali disebut-sebut. Ada yang berkisarkan mengenai cara pemanduan, meletakkan kenderaan tidak betul dan banyak lagi.

BACA: ‘Vlogger Cantik’ Kantoi Rupa Sebenar Lepas Aplikasi Filter Alami Gangguan Ketika Bersiaran Langsung!

Namun berbeza dengan seorang pemandu Myvi ini. Dia menjadi tular di sosial media selepas menarik perhatian ramai dengan kenderaannya itu.

Seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Myvi ini menjadi tular kerana ubah suai pintu keretanya itu menjadi sesuatu yang luar biasa!

Buka pintu macam…

Menerusi perkongsian satu rakaman dari pengguna Twitter, Fienaznana, kelihatan seorang lelaki yang agak berusia membuka pintu keretanya dengan unik sekali, iaitu secara naik ke atas. Dah macam Lamborghini!

Turut kedengaran suara beberapa orang gadis bertanyakan kos pengubahsuaian dari pak cik itu.

“Myvi guys, bukan biasa-biasa. Wow, uncle power la. Uncle berapa buat ni?” soal gadis berkenaan.

“RM2,800,” jawab lelaki itu sebelum mempamerkan bagaimana pintu keretanya itu berfungsi.

Video yang tular.

Rakaman itu dimuat naik pada dua hari lalu dan setakat ini telah raih 34,000 retweets dan 21,700 tanda suka.

Reaksi netizen.

Rata-rata netizen pula meninggalkan komen seperti berikut:

myvi lambo 1-tile

Sumber: Fienaznana

vivo-s1-review-01

Jualan Atas Talian Pertama Vivo S1 Dengan Harga RM1,099 Di Lazada, Shopee, Go Shop Ataupun Senheng. Dapatkan Sekarang!

a738cf0ef5b803554e9b48b880f06379-tile

Asif ‘Larang’ Zizan Nyanyi Lagu Sendiri, Netizen Pecah Perut