in ,

Pengantin Curi Perhatian Menari Bersama Anjing Kesayangan Pada Hari Perkahwinan

sara-and-hero-wedding-dance-supercollies-960×540-tile

Majlis perkahwinan adalah acara yang sangat istimewa bagi kaum wanita dan banyak mempelai yang sememangnya ingin acara itu dipenuhi dengan saat-saat yang indah.

BACA: Lamar Teman Wanita Di Khalayak Ramai, Tukang Tabur Bunga Yang Dapat Perhatian

Kebiasaannya dalam perkahwinan budaya barat akan ada sesi menari antara pasangan yang berkahwin untuk mereka merakamkan saat indah dan romantis pada hari penuh makna itu.

Tetapi berbeza dengan Sara Carson Devine yang mengadakan majlis perkahwinannya di Las Vegas, apabila dia mencuri perhatian di pentas tarian dengan menari bersama anjing peliharaannya.

 

Sara yang merupakan pelatih anjing selebriti itu menghiburkan tetamu dan semua yang menonton aksinya bersama anjing jenis border collie miliknya bernama Hero menari dengan begitu lincah sambil diiringi irama lagu Footloose.

Sara yang juga pernah menyertai America’s Got Talent berkongsikan rakaman itu di laman Facebook yang diuruskannya dan video tersebut telah meraih hampir 10 juta tontonan.

Sumber: NDTV

page-tile

Video Dua Budak Lelaki Main ‘Masak-Masak’ Di Luar Rumah Buat Ramai Rasa Nostalgik

67566927_413086412887279_9080195378643491035_n-tile

Mandikan Anjing Dengan Bantuan 2 Ekor Cimpanzi, Netizen Terhibur!