in

“Plot Twist Teruk Ni. Hahah” – Rakaman Cakap Lagak ‘Mat Saleh’ Ini Buat Ramai Berdekah!

video mat saleh perak main

Berbual dalam bahasa Inggeris menjadi sesuatu perkara biasa buat rakyat Malaysia, tiada apa yang pelik. Tapi bila ada orang luar terutamanya yang datang dari negara Eropah, habis kecoh satu dunia dengan kisah mereka.

BACA: Raut Wajah Manis & Ayu Bertudung, Polis PBB Dari Indonesia Ini Curi Tumpuan Ramai!

Sebelum ini pernah tular dengan beberapa individu dari negara luar yang fasih berbicara dalam bahasa Melayu seperti Mat Dan yang bercakap loghat pantai timur.

Namun lain pula halnya dengan lelaki yang berbual mengenai topi keledar dalam rakaman ini yang tular sejak semalam.

Dalam rakaman berdurasi satu minit 16 saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang berbual dalam bahasa Inggeris dengan slang British mengenai topi keledar yang sedang dipegangnya.

Gaya lelaki ini mengulas mengenai buatan topi keledar.
Gaya lelaki ini mengulas mengenai buatan topi keledar.

Juga seorang lagi lelaki di belakang sedang memerhatikannya. Namun bila lelaki yang berbual slang British itu tadi tidak pasti mengenai satu perkataan yang ingin dikatakan, lelaki di belakangnya menyampuk “ketat” – perkataan dalam bahasa Melayu.

Tapi bila rakaman ini di saat 24 saat, lelaki yang pada awalnya berbual dalam bahasa inggeris itu mula bercakap dalam bahasa Melayu. Siap dengan loghat Perak piyor pula tu!

Ramai yang terhibur dengan gelagat lelaki ini.
Ramai yang terhibur dengan gelagat lelaki ini.

Ini membuatkan semua orang yang berada di situ tertawa dengan gelagatnya.

Korang tonton sendiri rakaman di bawah ini:

berangin telor⚡️⚡️⚡️

Posted by Suzzy Helmets on Monday, 5 August 2019

Adui, nampak macam betul tak boleh cakap dan faham bahasa Melayu. Sekali rupanya…

Rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Michael Lambor ke ni”

video mat saleh perak 1

“Ajernya handel mike ni..tipah tertipu”

video mat saleh perak 2

Sumber: Suzzy Helmets

nina

Nina Kongsi Video ‘Perjalanan’ Kahwin, Peminat Kata “Bestnya, Diam2 Tup2 Kawin”

naim

“Bukan Justin Bieber”- Rambut Macam2 Gaya Ditukar, Naim Daniel Tanya Gaya Ini Pula