in ,

Kumpul Gambar ‘Kutip Sampah’, Lelaki Ini Tunjuk Betapa Mudah Untuk Lakukannya

page

Kita sering diajar untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat, tetapi jarang sekali di ingatkan untuk mengutip sampah yang dijumpai di persekitaran kita.

BACA: Lelaki Ini Akan Memandu 35,000KM Ke Jerman Untuk ‘Kahwin’ Teman Wanitanya

Memang mudah untuk kita tidak menghiraukan sampah yang dibuang orang lain, tetapi seorang lelaki yang dikenali sebagai Peter, telah membuktikan bahawa mengutip sampah juga sangat mudah.

Melalui laman Instagram, Peter berkongsikan foto setiap kali dia melakukan amalan mulia itu untuk menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh mengamalkan tabiat itu.

Setiap foto yang di muat naik juga disertakan dengn mesej pendek memaklumkan di mana dia menggutip sampah dan betapa mudah untuk melakukannya.

Katanya kepada sumber, tabiat itu bermula  tahun lalu apabila dia sedar ramai orang disekelilingnya  termasuk dirinya tidak peduli untuk mengutip sampah yang berhampiran dengan mereka, jadi pada suatu hari dia mula mengutip sampah yang dijumpainya.

Jelas sifat prihatin Peter perlu diiteladani, lebih-lebih lagi dalam keadaan planet kita yang sedang tenat akibat ancaman plastik. Seperti kata-kata di ‘bio’ Instagram lelaki itu, memelihara alam sekitar mungkin dapat mengubah masa hadapan.

Sumber: Bored Panda

67135131_644484572728067_7376192728894240138_n-5d5487838570e__700-tile

Anjing Chihuahua Dengan Rupa Yang Unik Curi Perhatian Netizen

baby-news-text-wrong-number-strangers-visit-hospital-12-5d53d2b91483b__700-tile

Hantar Berita Kelahiran Ke Nombor Yang Salah, Tapi Ini Pula Yang Jadi…