in ,

Pramugara Pujuk Dan Hiburkan Bayi Menangis Dalam Pesawat, Netizen Puji!

67603742_10219488087409976_38573302d24689577984_n-tile

Ibu bapa yang membawa bayi kecil mereka menaiki kapal terbang pasti rasa bersalah apabila bayi mereka meragam sehingga mengganggu ketenteraman penumpang lain.

BACA: Makan Sehingga 15 Biji Telur Sehari, Lelaki Ini Tidak Tahan Dengan Tabiat Teman Wanitanya

Tetapi seorang ibu yang pertama kali terbang bersendirian bersama anak kecilnya bernasib apabila salah seorang pramugara pesawat Frontier Airlines dari AS dengan senang hati membantu dia memujuk anaknya yang sedang menangis.

67603742_10219488087409976_3857330224689577984_n 67916581_10219488087649982_8163446280832417792_n

Gambar pramugara bernama Joel Paris itu sedang menghiburkan bayi wanita berkenaan sempat dirakam salah seorang penumpang pesawat, Jamie yang merasakan momen itu sangat berharga dan berkongsikan gambar itu di Facebook.

67512911_10219488087169970_5931934690062630912_n

Joey dikatakan membawa bayi berkenaan berjalan-jalan di seluruh kapal terbang sambil bermain dan mendodoikannya selama 15 minit.

Sementara itu ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan tindakan pemuda itu, malah beberapa penumpang yang berada dalam pesawat itu ketika kejadian turut tampil memuji sikap Joey, termasuklah ibu kepada bayi berkenaan, Cherish Terry.

“Dia selamatkan hari dan kewarasan saya…”

Screenshot_2019-08-30-01-39-44-707_com.facebook.katana

“Kenapa saya tak bertuah macam ni…”

Screenshot_2019-08-30-01-37-43-374_com.facebook.katana

 “Beri saya harapan untuk terbang bersama anak 2 tahun saya…”Screenshot_2019-08-30-01-39-51-773_com.facebook.katana

“Pemuda itu di didik dengan baik…”

Screenshot_2019-08-30-01-49-20-707_com.facebook.katana

Sumber: Facebook, People

WhatsApp-Image-2019-04-21-at-18.57-tile

Makan Sehingga 15 Biji Telur Sehari, Lelaki Ini Tidak Tahan Dengan Tabiat Teman Wanitanya

OKU priceless reaction main

Lelaki Ini Nyanyikan Lagu P.Ramlee Pada Wanita OKU Dan Reaksinya Cukup Berharga!