in ,

Rahsia Usia Panjang Wanita 107 tahun Ini Adalah ‘Tidak Pernah Berkahwin’!

rahsia 107 tahun main

Lain orang, lain caranya. Itu antara bait-bait yang biasa kita dengar apabila ada individu yang bersuara mempertikaikan sesuatu perkara seperti amalan dan petua.

BACA: Babak Dalam Drama ‘Sweet Dreams’ Ini Buat Ramai Yang Berdekah!

Lebih-lebih lagi antara petua usia panjang dan sihat. Ada yang kata untuk umur panjang dan sihat, pemakanan dan sentiasa bergerak aktif adalah rahsia utama.

Namun berbeza pula bagi seorang wanita yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 107 tahun baru-baru ini.

Louise Signore di majlis ulang tahun kelahirannya.
Louise Signore di majlis ulang tahun kelahirannya.

Ketika majlis sambutan hari ulang tahun kelahirannya itu, Louise Signore ditanya mengenai rahsia umurnya yang melebihi 100 tahun.

Menurut wanita yang dilahirkan pada 1912 di Manhattan, dia memberitahu rahsianya adalah kekal bujang. Wow, biar benar?

“Saya rasa rahsia umur 107 tahun ini adalah: saya tidak pernah berkahwin”, kongsi Louise.

Louise Signore masih sihat walaupun usianya 107 tahun.
Louise Signore masih sihat walaupun usianya 107 tahun.

Bukan sahaja jumlah nombor pada usianya yang menarik perhatian ramai, malah dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selain masih aktif menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Selain dari itu, Louise turut menggemari aktiviti bersenam, menari dan bermain bingo selepas waktu makan tengaharinya.

Malah Louise turut akui dia dibesarkan dengan keluarganya yang menjaga pemakanan malah dia jarang sekali menjamah kek dan tidak minum minuman soda.

Sumber: Elite Readers

janna

“Kepala Hotak… Sekarang Kau Jadi Pelakon Je…”- Komen ‘Busuk Hati’, Netizen Serang!

66189201_486645225227101_2109538495953913485_n-tile

Suami Hadiahkan, Asyalliee ‘Macam Cantik Je’ Terima Kereta Mewah!