in

CryCry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Ramai Luah Rasa Sedih Tak Dapat Dengar Suara ‘Akak Trivago’ Selepas Ini Sebab…

dahlia shazwan trivago stop main

“Hotel? Trivago” antara trademark iklan aplikasi perbandingan harga bilik hotel yang sering muncul di kaca TV. Dahlia Shazwan pemilik suara yang juga duta bagi plaform ini diam tak diam sudah empat tahun bersama jenama ini.

BACA: Kenali Yuna Rahim, Pemegang Watak ‘Cempaka’ Dalam Drama Sweet Dreams

Suaranya melalui iklan Trivago yang disiarkan di televisyen cukup terkesan kepada orang ramai bukan sahaja orang dewasa malah sering mendapat perhatian anak-anak kecil yang ‘terkaku’ melihat ‘akak Trivago’ menerangkan aplikasi ini.

Menerusi ruangan Instagram Dahlia Shazwan, akak Trivago ini umumkan dia tidak lagi akan menjadi duta Trivago selepas ini.

Menurutnya iklan terakhirnya adalah yang dirakamkan di pasar malam dan akan mula ditayangkan tidak lama lagi. Tambahnnya lagi dia turut berharap orang ramai akan mendoakan kejayaannya kelak dan kembali dengan kerja yang lebih hebat.

View this post on Instagram

This is the post that started it all. Back in 2016, I went for a casting that I didnt know will change my entire life. And 4 years after, I have to say goodbye to the best role I have ever done, being Miss Trivago Malaysia. 4 years guys! Being on tv as awek/gadis/minah/kakak trivago 😅 Sadly, this would be my last year as Ms Trivago so thank you to those who believed in me! I like to think we made history! Siapa pernah keluar tv bnyk mcm ni sampai org boleh marah? Haha but jokes aside i am truly truly thankful for this and the impact (walau sedikit) I have on the lives around me. Thank you for being so supportive and loving the ads as much as i enjoyed making them. Trivago has really been apart of my life sejak sebelum kahwin, lepas kahwin, masa tengah mengandung(setiap kali kena tukar angle sbb perut makin hari makin besar) lepas pantang (yes sbb tu berisi!😅) and this year, rezeki ke India untuk shooting kat sana with a Bollywood production! Am super grateful for this ya allah tk terkata taktau nak cakap apa dah sedihh. The ad yg dekat pasar malam would be my last and I hope everyone will miss me haha and doakan saya dan keluarga saya sentiasa selamat dan dimurahkan rezeki. Saya doa anda juga dilindungi selalu dan dibalas kebaikan sebab selalu tegur saya dan bgtau how you guys always look forward to the ads. Doakan saya kembali dengan job yg lebih hebat kahkah lebiu gais!

A post shared by Dahlia Shazwan (@dahliashazwan) on

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan pengumuman ini.

“Sebab sis laa saya download apps trivago…”

dahlia shazwan trivago stop 1

“xde siapa blh ganti u miss trivago. Iklan skrg pn i ttp terbayangkan wajah u..kuat sungguh u punya impak..”

dahlia shazwan trivago stop 2

“Iklan yg buat ank sy stop bermain or menyusu dan bertengek dpn tv.”

dahlia shazwan trivago stop 3

Sumber: Dahlia Shazwan

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

elfira

“Okay Nah Gambar Sama-Sama Chubby…”- Elfira Payung Foto, Kapsyen Bikin Peminat Geli Hati!

solat atas rumput main

Foto Solat Atas Rumput Tular, Gadis Ini Jelaskan Situasi Sebenar…