in

Reaksi Remaja Ini Ditakutkan Oleh ‘Jelmaan Pocong’ Selepas Bangun Tidur Buat Berdekah!

page-tile

Pengalaman melihat makhluk halus boleh membuat jantung gugur sehingga mangsa tidak dapat berkata-kata. Bagi yang mempunyai kudrat untuk bergerak ketika detik mencemaskan itu dapatlah berlari membawa diri sehingga tidak cukup tanah.

BACA: Mandikan Anjing Dengan Bantuan 2 Ekor Cimpanzi, Netizen Terhibur!

Bagi yang tiada tempat untuk melarikan diri pula mungkin hanya mampu untuk membaca ayat-ayat al-Quran dengan harapan kelibat hantu akan beredar.

Itulah yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di mana sekumpulan remaja merancang untuk menakutkan seorang rakannya yang sedang tidur dengan menyamar sebagai hantu pocong.

Aksi ketakutan remaja tersebut apabila dikejutkan dari tidur dan terus ternampak pocong ‘terapung’ dihadapannya membuat ramai berdekah.

Lelaki malang itu memalingkan mukanya dari ‘hantu’ tersebut dan menutup mukanya dengan bantal sambil menjerit “Allahu Akbar’ berkali-kali dan menjerit ketakutan sehinggalah dia membuka semula mata dan jelas telah dipermainkan.

Kongsian video dari Indonesia itu telah mendapat 1.7 juta tontonan rata-rata geli hati dengan reaksi remaja tersebut yang akhirnya meluahkan rasa sakit hati dengan ‘prank’ rakannya itu.

Sumber: Twitter

65910638_362289414446370_825228089358047681_n-tile

Sarah Suhairi Duet Dengan Dayang, Wajah & Suara Sama Tarik Perhatian!

biodata atikah suhaime main

Biodata Atikah Suhaime