in

Remaja Terkejut Bunyi Bising Di Dapur, ‘Tetamu’ Tidak Diundang Geledah Peti Ais

pagen

2 remaja berusia 15 tahun dari California yang sedang khusyuk menonton televisyen terkejut dengan kedatangan tetamu tidak diundang apabila mendengar bunyi bising dari dapur.

BACA: Remy Ishak Kongsi Gambar Di Hospital Minta Sokongan, Netizen ‘Gugur Jantung’

Menurut remaja yang tinggal di rumah berkenaan, Hayes Sherman, dia dan rakannya mendengar bunyi bekas Tupperware dibuka dengan kuat dan kasar, diikuti dengan bunyi amaran peti ais kerana terbuka terlalu lama.

Hayes akhirnya mendapati bahawa seekor beruang telah menyelinap masuk ke rumahnya untuk mencari makanan.

Dia dan rakannya mengakui berasa amat takut dan terpaksa menyorok di sebalik pintu gelangsar (sliding door) sambil menahannya. Malah, beruang itu turut mencuba berkali-kali untuk membuka pintu berkenaan.

Hayes kemudian menghubungi ibu dan sepupunya yang sedang tidur di tingkat atas dan memberi amaran kepada mereka untuk tidak turun ke bawah sebelum menghubungi 911.

Beruang itu sempat menikmati sebekas daging taco dan 2 bekas ais krim Ben & Jerry sebelum pegawai polis melepaskan beruang itu keluar mengikut pintu garaj yang sama digunakannya untuk masuk ke rumah itu.

Sumber: Facebook, Youtube

ECqdOUdWsAAFjoB-tile

Netizen Kongsi Foto Selipar Mereka ‘Mengecut’ Akibat Cuaca Terlalu Panas

e38397e383ace382b93-tile

Teksi ESP ‘Menghantui’ Jalan2 Di Bandar Osaka, Memang Seram!