in ,

Rezeki Angin Kencang & Ombak Kuat, Pantai Di Langkawi Penuh Dengan Bronok!

bronok langkawi main

Sejak akhir-akhir ini cuaca di Malaysia tidak menentu, kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan lebat dan ribut. Namun di sebalik fenomena alam ini ada sisi positifnya buat penduduk di Pulau Langkawi.

BACA: Sering Diejek & Dicerca Angkara Fizikalnya, Lelaki Ini Nekad Turunkan Berat Badan. Ini Perkongsian Darinya…

Tertumpu kepada kawasan pesisir pantai di Kuala Teriang dan Kuala Muda, penduduk di sekitarnya dilimpahi rezeki dengan kehadiran bronok (sejenis hidupan laut yang seakan gamat).

‘Kebanjiran’ bronok di pesisir pantai itu terjadi kerana berlakunya hujan lebat dan angin kencang yang berlaku beberapa hari lalu.

Kerabu bronok. Kredit foto: asiantourismblog
Kerabu bronok. Kredit foto: asiantourismblog

Menurut kakitangan sebuah resort berhampiran, bronok selalunya sering ditemui di kawasan berselut. Namun disebabkan angin kuat dan ombak menghanyutkan hidupan ini ke kawasan berpasir di pantai berkenaan.

Tambahnya lagi kebiasaannya penduduk sekitar menantikan musim bronok ini pada bulan Ogos dan September untuk mengutip dan membuat kerabu menggunakannya.

Bronok yang dikutip. Kredit foto: Bernama
Bronok yang dikutip. Kredit foto: Bernama

Fenomena kehadiran bronok yang terlalu banyak ini juga membuatkan pekerja di resort berkenaan serta penduduk setempat tidak menang tangan untuk mengutipnya.

Buat yang teringin mencuba makanan eksotik ini bolehlah kunjungi Pulau Langkawi sekarang. Cuti umum pun banyak bulan ini!

Sumber: Bernama

page

Individu Rakam Penampakkan ‘Lembaga Putih’ Duduk Atas Bumbung Kereta Di Jalan Raya

image 1-tile

Wanita Di Kenya Bina Perkampungan Baru Untuk Hidup Bebas Dari Kaum Lelaki