in ,

Saintis Bangunkan Vaksin Untuk Bantu Manusia Hentikan Alahan Kepada Kucing

cat-allergy-guide-IMAGE-tile
Foto sekadar hiasan

Kucing adalah haiwan yang paling gemar didekati dan dibela orang ramai kerana sangat jinak dan comel. Malangnya tidak semua orang mempunyai kebolehan untuk medekati dan bermesra dengan kucing atas masalah alahan.

BACA: Lelaki Ini Buat Biskut ‘Handphone’ Semata-Mata Untuk Prank Polis Trafik

Untuk mengubah ‘takdir’ tersebut, ahli sains telah membangunkan sebuah vaksin untuk membolehkan mereka yang alah dengan kucing untuk mendekati haiwan berkenaan tanpa mendapat apa-apa masalah.

Paling menarik, vaksin tersebut bukan perlu diberikan kepada manusia yang mempunyai alahan, sebaliknya kucing mereka yang akan disuntk dengan vaksin tersebut.

fx1_lrg

Ini kerana punca sebenar segelintir orang mengalami alahan terhadap kucing adalah disebabkan protein yang terdapat pada bulu kucing yang dipanggil Fel-d1.

Protein berkenaan membuatkan sistem imunisasi memikirkan bahawa tubuh mereka dibawah ancaman menyebabkan kimia histamin dikeluarkan, dan terjadilah keradangan seperti gatal-gatal, kesukaran bernafas, dan mata berair.

Dengan adanya vaksin ini, lebih ramai yang akan dapat memelihara kucing dan membantu kebajikan kucing-kucing jalanan atau di pusat-pusat perlindungan.

Sumber: LADBible

page-tile

Remaja Tunjuk Kemahiran Potong Kentang Tanpa Melihat, Netizen Kagum!

grafiti 3d main

Dari Dinding Kosong Jadi Bas Lama, Hasil Grafiti Artis Lelaki Ini Cukup Mengagumkan!