in

Saintis Temui Cara Tentukan Jantina Bayi

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Zaman teknologi kini ada pelbagai kaedah untuk mengetahui jantina bayi yang masih dalam kandungan ibu. Ada yang sampai boleh melihat wajah bayi biarpun masih belum dilahirkan pun cukup membuatkan ibu bapa teruja menantikan kehadiran insan baru dalam kehidupan mereka.

BACA: Lelaki OKU Berkerusi Roda Sanggup Turun Ke Longkang Demi Selamatkan Anak Kucing

Terbaru saintis di Jepun telah menemui kaedah mudah untuk menentukan jantina bayi sebelum disenyawakan. Kaedahnya adalah dengan memisahkan sperma yang membawa kromosom X dari yang membawa kromosom Y.

Menurut saintis dari Universiti Hiroshima, mereka dapati kromosom X bawa lebih banyak gen berbanding kromosom Y dan sesetengah gen ini kekal aktif dalam sperma yang semakin matang.

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Bagaimanapun kajian ini hanya dijalankan kepada tikus makmal dan ia berhasil. Namun kejayaan kajian ini menjadikan hasrat untuk menentukan jantina anak kepada manusia semakin hampir menjadi realiti.

Ini kerana saintis turut mempercayai kaedah yang sama turut boleh digunakan kepada manusia menerusi kaedah persenyawaan vitro (IVF).

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Biarpun begitu buat masa ini memilih jantina bayi ketika melakukan IVF adalah tidak dibenarkan di United Kingdom.

Malah menurut penulis kajian ini, Masayuki Shimada, penggunaan kaedah ini dalam teknologi reproduktif manusia adalah spekulatif buat masa ini kerana ia membabitkan isu etika.

Sumber: Independent UK

OKU selamatkan kucing main

Lelaki OKU Berkerusi Roda Sanggup Turun Ke Longkang Demi Selamatkan Anak Kucing

hairul

Saharul Ridzwan Nak Cuba ‘Aksi’ Hairul Angkat Anak Tapi Ini Pula Yang Jadi…