in ,

Satu Parodi Filem Sangkar & Drama Sweet Dreams, Jihan & Bell Buat Ramai Terhibur!

parodi sweet dreams main

Drama Sweet Dreams arahan Michael Ang yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama semakin diminati ramai. Hasil lakonan hebat Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee dan ramai lagi membuatkan drama yang masih ditayangkan di Astro ini menjadi trending di sosial media.

BACA: Bakal Warnai Kaca TV? Youtuber ‘Sohor’ Post Foto Bersama Datuk AC Buat Ramai Gembira!

Bukan itu sahaja, filem Sangkar yang diterajui oleh Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah bakal menemui penonton di pawagam bermula 29 Ogos ini juga menjadi ‘sebutan’ peminat filem tempatan.

Disebabkan itu, semalam MeleTop berkongsikan rakaman parodi lakonan semula Jihan Muse dan Bell Ngasri mengabungkan kedua-dua drama dan filem ini.

Di awal rakaman ini memaparkan Jihan Muse melakonkan watak yang dilakonkan Mira Filzah dalam filem Sangkar terkurung…Memang berdekah habis dengan gelagat Jihan dalam parodi kali ini!

Tapi yang paling kelakar bila muncul Bell Ngasri yang berlakon menjadi watak Ben Amir dalam drama Sweet Dreams. Dengan penampilan rambutnya dan tiba-tiba Jihan Muse bertukar menjadi bisu pula!

Korang layan sendiri parodi mereka ini….

Rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan mereka ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Queen of parody la Jihan ni”

parodi sweet dreams 1

“Bahasa isyarat tu…Ya ampun..Hahahha…”

parodi sweet dreams 2

“Adoi berdekah lah hanat aku ketawa”

parodi sweet dreams 3

Sumber: MeleTop

amelia

“OMG! U Guys…”- Wajah Anna Dikatakan Iras Amelia Henderson, Buat Peminat Keliru!

sheep cats main

Digelar ‘Sheep Cat’, Kucing Ini Miliki Bulu Seakan Biri-Biri Jadi Tumpuan Ramai!