in ,

Sempena Merdeka, Jom Bersuka Ria Bersama Keluarga Di Merdeka Fun Fiesta!

68709644_2318525611594622_3098317951963496448_n-tile

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bakal menemui kita. Inilah masanya untuk rapatkan silaturrahim keluarga dengan bersuka ria bersama-sama di Merdeka Fun Fiesta pada 7 dan 8 September di LBS Alam Perdana, Puncak Alam, Selangor.

Persembahan ‘live acts’ yang gempak.

Di samping meraikan hari bersejarah, pengunjung dapat meluangkan masa dengan yang tersayang sambil dihiburkan dengan persembahan akustik menarik oleh pemuzik-pemuzik berbakat.

69054223_2322221481225035_1120950373645811712_n

Aktiviti istimewa & menghiburkan.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti istimewa menanti anda antaranya 5 permainan gergasi seperti Jenga Gergasi, Dam Ular Gergasi, ‘Connect 4’, Karom dan teng-teng serta 5 permainan tradisional mini seperti congkak, batu seremban dan sepak takraw.

hfgpagessddsdsfds

Bukan itu sahaja, Merdeka Fun Fiesta juga memberi peluang kepada pengunjung untuk sertai bengkel canting batik. Daftarlah segera di FB LBS Bina Group! Penyertaan adalah percuma.

Aneka makanan enak memenuhi citarasa tempatan.

Pengunjung juga pasti akan teruja dengan kehadiran kendera saji yang bakal menyajikan pelbagai juadah lazat dan menyelerakan, malah terdapat juga sesi makan secara percuma. Pasti rambang mata!

Cabutan bertuah.

Orang ramai boleh sertai peraduan online ‘Comment & Win!’ dan peraduan ‘Selfie & Win’ untuk berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik!

Bagi peraduan FB Online (‘Comment & Win!’), peserta hanya perlu menulis ‘I Love LBS Merdeka Fun Fiesta’ di ruangan komen dan tag 3 orang rakan di FB LBS Bina Group, seterusnya daftar butiran diri pada hari acara berlangsung.

Bagi peraduan ‘Selfie & Win’ pula, peserta perlu ambil selfie di mana-mana lokasi Merdeka Fun Fiesta, muat naik ke media sosial seterusnya tag lokasi dan tunjukkan kepada staf LBS bagi melayakkan penyertaan peraduan. Daftar maklumat diri anda untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Merdeka Fun Fiesta yang mengujakan dan berhibur beramai-ramai sempena Hari Kemerdekaan, di LBS Alam Perdana pada 7 dan 8 September. Mari kita eratkan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan.

biodata sean lee main

Biodata Sean Lee, Pelakon Berwajah Bak Artis Korea

Screenshot_2019-08-30-20-38-12-563_com.twitter-tile

Iklan Merdeka Dari ‘Grab’ Angkat Keunikkan Makanan Tempatan, Memang Terpukau!