in ,

Teh Assam Dilelong Dengan Harga RM4,186 Sekilogram Catat Rekod Teh Paling Mahal Di Dunia!

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Menghirup teh ketika berada dalam cuaca sejuk bagaikan satu kenikmatan yang tidak terungkap. Tumbuh segar di lereng-lereng bukit, ladang teh cukup sinonim di Cameron Highlands, Pahang.

BACA: Rahsia Usia Panjang Wanita 107 tahun Ini Adalah ‘Tidak Pernah Berkahwin’!

Selain dari lokasi tumpuan pelancong untuk bergambar di ladang yang menghijau, menikmati rasa teh dengan pemandangan hijau cukup menenangkan.

Tapi itu cerita teh di Malaysia, di India pula satu rekod lelongan teh telah dicipta. Teh jenama Maijan Orthodox Golden Tea dijual pada harga 141,002 rupee (RM8,379) seberat dua kilogram telah memecahkan rekod teh paling mahal di dunia!

Teh yang berjaya memecahkan rekod paling mahal di dunia.
Teh yang berjaya memecahkan rekod paling mahal di dunia.

Difahamkan teh ini berasal dari negeri Assam yang jarang ditemui dan dianggap istimewa telah dibeli oleh seorang peniaga misteri dari Belgium melalui ejen di India.

Teh ini dianggap begitu istimewa kerana tiada sebarang mesin digunakan secara langsung dalam pemprosesan teh ini. Ianya juga datang dari pokok-pokok teh berusia 100 tahun di ladang teh milik Assam Company India Limited yang juga antara perusahaan teh tertua di dunia.

Salah satu ladang teh di Assam, India.
Salah satu ladang teh di Assam, India.

Namun dipercayai harga lebih tinggi pernah dibayar oleh pembeli dari Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Iran dalam jualan persendirian di pasaran Assam dan tiada rekod dicatitkan.

Wow, rasa apa agaknya teh yang dibeli dengan harga sebegitu rupa sekali ya?

Sumber: Businesstoday

catshapeforest-768×432-tile

Comel! Pokok Tumbuh Menjadi Hutan Berbentuk Kucing Di Tengah2 Padang

3_CATERS_HARRY_POTTER_BOOK_AUCTION_04-768×453-tile

Hebat! Buku Harry Potter Bernilai £1 Dengan ‘Typo’ Terjual Pada Harga £34,200