in

Teksi ESP ‘Menghantui’ Jalan2 Di Bandar Osaka, Memang Seram!

e38397e383ace382b93-tile

Bayangkan menahan teksi pada waktu malam dan mendapati teksi yang dinaiki sedang dipandu oleh hantu.

BACA: Remaja Terkejut Bunyi Bising Di Dapur, ‘Tetamu’ Tidak Diundang Geledah Peti Ais

Itulah yang berpeluang dialami oleh sesiapa yang berada di Osaka pada 16 hingga 31 Ogos selepas syarikat Milight Taxi menukar sebuah teksinya kepada ‘teksi persepsi ekstra deria’ (extrasensory perception/ESP).

Disebalik props pemujaan dan gambar-gambar menakutkan yang menghiasi bahagian dalam kenderaan, teksi ESP itu beroperasi seperti teksi biasa di mana penumpang tidak boleh sengaja memilih untuk menaikinya dan hanya boleh ditahan secara kebetulan.

e38397e383ace382b92

Selain dilengkapi dengan lampu tanglung yang dipercayai memerangkap roh jahat, pemandu teksi juga berpakaian serba putih dengan rambut hitam panjang sambil memainkan muzik seram sepanjang perjalanan.

e38397e383ace382b93

Sebagai langkah keselamatan, syarikat Milight mengeluarkan beberapa peraturan bagi mereka yang ‘bertuah’ untuk menaiki teksi ESP itu. Antaranya syarikat itu tidak akan bertanggungjawab jika berlakunya kejadian paranormal di dalam teksi itu, dan penumpang boleh memberitahu pemandu jika mereka tidak tahan takut.

Selain itu mengambil gambar di dalam teksi itu juga tidak digalakkan, namun begitu ia sama sekali tidak dilarang.

Sumber: Sora News

pagen

Remaja Terkejut Bunyi Bising Di Dapur, ‘Tetamu’ Tidak Diundang Geledah Peti Ais

page

Buat Prank Terpotong Jari, Gelagat Ibu Ini Menyakat Anak-Anaknya Memang Berdekah!