in

Temui Berlian 3.72 Karat Secara Tidak Sengaja, Wanita Ini Dianggap Sungguh Bertuah!

jumpa berlian 1-main

‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itu antara pepatah Melayu yang membawa maksud rezeki yang diterima tanpa diduga oleh seseorang itu.

BACA: Temui Jodoh Dalam PUBG, Pasangan Ini Jatuh Cinta Dan Berkahwin

Pepatah itu sesuai digunakan kepada situasi seorang wanita dari Texas ini. Dia secara tidak segaja menjumpai berlian 3.72 karat ketika sedang menonton video YouTube cara untuk mencari batu bernilai itu.

Siapa sangka baru sahaja menonton video cara mencari sudah menjumpainya. Bertuah badan!

Miranda Hollingshead bersama keluarganya mengunjungi Diamonds State Park di Arkansas pada minggu lalu hanya untuk suka-suka. Ketika sedang berehat selepas bersiar-siar selama sejam di sekitar taman itu, dia duduk dan berehat sambil menonton video di YouTube.

Sedang dia berehat sambil memerhatikan anak-anaknya dia ternampak ada satu batu berkilau tersekat di celah batu. Dia mengambilnya dan cuba memastikan adakah itu adalah berlian.

Miranda bersama berlian yang dijumpainya.
Miranda bersama berlian yang dijumpainya.

Batu yang bersaiz pemadam pensil itu kemudiannya disahkan adalah berlian 3.72 karat dan antara berlian terbesar yang pernah dijumpai di taman negeri itu sejak Mac 2017.

Untungnya buat Miranda, dia dapat membawa pulang berlian yang dijumpainya itu kerana Diamonds State Park itu mengamalkan polisi siapa yang jumpa dapat menyimpannya.

Rupa berlian yang dijumpai Miranda dari jarak dekat.
Rupa berlian yang dijumpai Miranda dari jarak dekat.

Menurut rekod taman negeri itu sepanjang 2019, hampir 320 berlian dijumpai dan didaftarkan. Jika dikumpulkan kesemua berlian itu membentuk 62.49 karat.

Macam menarik untuk kunjungi taman ini ya. Mana tahu rezeki anda boleh jumpa dan bawa pulang berlian sebeginikan?

Sumber: CNN

67793879_2172830629675303_7287370521326714053_n-tile

Rupanya, Sweet Qismina Juga Ada Iras ‘Dora’, 2 Keping Foto Berambut Pendek Terima Ribuan Likes!

mira5

“Kalah Rajalawak”- Cuba Lamar Ibu Mira Filzah, Lagi PU Azman Kena ‘Halau’ , Babak Bikin Berdekah!