in

Tiba-Tiba Bunyi Paip Air Terpasang Di Luar Rumah, Wanita Ini Dedah Mungkin Taktik…

pencuri buka air main

Hari ini macam-macam cara dilakukan orang yang ada niat tidak baik mencari mangsa. Jika terlalai seketika pasti ada yang akan menjadi mangsa.

BACA: Lelaki Ini Akan Memandu 35,000KM Ke Jerman Untuk ‘Kahwin’ Teman Wanitanya

Baru-baru ini tular dengan satu kisah yang dialami oleh seorang wanita dan dikongsikannya di Facebook melalui akaun Nurrul Mohd Noor.

Menurut wanita ini pada satu malam paip air di luar rumahnya tiba-tiba terbuka dan dia mendakwa ini berkemungkinan adalah salah satu teknik pencuri untuk menyuruh penghuni keluar rumah untuk menutup paip air itu.

Melalui perkongsiannya itu dia turut menunjukkan beberapa bukti rakaman gambar seperti berikut:

68839541_2914459271904158_7199380256371769344_n-tile

Tambahnya lagi, sebenarnya ada hos getah diletakkan di paip luar itu namun dicabut oleh individu berkenaan. Ini adalah untuk membuatkan penghuni rumah tersedar akan air yang melimpah.

69522738_2914464061903679_7951772867803217920_n-tile

Bukti puntung rokok bersepah di kawasan rumah menjadi tanda tanya kerana suaminya tidak menghisap rokok.

Nasihatnya kepada sesiapa yang alami seperti ini supaya tidak keluar rumah untuk mengelakkan diri menjadi mangsa.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian ramai dengan 16,000 shares dan rata-rata netizen bersetuju ini adalah perangkap yang digunakan pencuri untuk mendapatkan mangsa.

Sumber: Nurrul Mohd Noor

 

pu

PU Azman Ngorat ‘Ibu’ Mira Filzah Bikin Ramai Netizen Beri Komen Lucu!

asyraf

Baru Kahwin, Instafamous Asyraff Mazlan Kongsi Rasa ‘Sebak’ Jadi Iman Buat Isteri