in ,

Tidak Nampak Pintu Keluar, Gadis Ini ‘Langgar’ Dinding Kaca Bukan Sekali Tapi…

page-tile

Dinding dan pintu kaca boleh menimbulkan kekeliruan kerana sifatnya yang lut sinar menyebabkan kesukaran untuk orang melihat di mana kedudukannya sebenar terutamanya mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

BACA: “Plot Twist Teruk Ni. Hahah” – Rakaman Cakap Lagak ‘Mat Saleh’ Ini Buat Ramai Berdekah!

Kisah lucu tentang kekeliruan dengan pintu lutsinar telah banyak kali tular di media sosial, namun situasi berkenaan dibawa ke tahap lebih ekstrim apabila sebuah video di mana seorang gadis dilihat melanggar dinding kaca baru-baru ini tersebar di media sosial.

Apa yang membuatkan ramai tergamam adalah apabila gadis itu melanggar dinding kaca bukan sekali tetapi 3 kali berturut-turut seolah-olah dia langsung tidak dapat melihat kewujudan dinding di hadapannya.

Paling menghairankan adalah apabila dia tidak cuba untuk menghulurkan tangannya untuk merasakan pintu keluar sebelum terus meluru ke arah cermin itu menyebabkan dia terhantuk dengan kuat berkali-kali. Gadis itu juga kelihatan seperti menahan sakit dan malu dengan semua yang memerhatikannya.

Posting yang dibuat oleh sebuah akaun Twitter itu telah meraih lebih 700 ribu tontonan itu dan mengundang netizen untuk memberi pelbagai komen mengenai insiden lucu tersebut.

Sumber: Twitter

 

 

67165917_124274075523670_7826553805380997597_n-tile

Hampir 1 Juta Tontonan, Tampil Bertudung, Aksi Comel Aafiyah Cakap ‘Please’ Curi Tumpuan

Screenshot_2019-08-07-06-47-28-009_com.instagram-tile

Datin Shahida Tunaikan Haji, Saat Perpisahan Dengan Anak-Anak Buat Ramai Sebak