in ,

Video Wanita Beli Air Dari Mesin ‘Gedegang’ Guna Teknologi Pengecaman Muka Buat Ramai Kagum!

tech beli air main

Hari ini zaman cukup maju dengan pelbagai teknologi terkini. Teknologi yang pelbagai membantu memudahkan urusan manusia.

BACA: Sambutan Festival ‘Malas’ Dunia Cukup Meriah Diraikan Dengan Pelbagai Ragam Gaya Masyarakat!

Baru-baru ini tular dengan satu rakaman menunjukkan seorang gadis dari China membeli air dari mesin ‘gedegang’ hanya menggunakan teknologi pengecaman wajah. Tanpa perlu bayaran? Hebatnya teknologi terbaru mereka ini!

Sebelum ini undang-undang di negara China telah menggunakan teknologi pengecaman wajah dengan meluas sekali. Namun kini sistem ini telah bekerjasama dengan sistem kredit sosial China.

Nampak memang menarik, tidak perlukan wang tunai atau sebarang kad untuk membeli. Jika terlupa bawa dompet sekalipun tiada masalah untuk membeli.

Bagaimanapun sistem ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Jika pelancong dari luar datang untuk membeli dari mesin ini, mereka tidak dapat membelinya kerana tiada pengenalan identiti dalam sistem pihak berkuasa negara itu.

Bayangkan kalau teknologi ini digunakan di Malaysia, memang betul-betul cashless! Keluar lengang-lengang pun tiada masalah untuk menghilangkan dahaga.

Sumber: Matthew Brennan

replika harry potter main

Pasangan Ini Sanggup Berbelanja Demi Bina Replika Istana Hogwarts Sama Seperti Dalam Filem Harry Potter!

PU

“Kau Jaga Puteri. Aku Jaga Mak Dia”- Kapsyen Lucu, Ramai Tak Sangka PU Azman Kelakar!