in ,

Wanita 80 Tahun Masih Boleh Lakukan Rutin Gimnastik. Hebat!

nenek gymnas main 2

Bila usia sudah mencecah 60 tahun sahaja pun mungkin ramai yang sudah berasa sakit pinggang atau apa-apa juga ‘sakit orang tua’. Tapi ada juga yang bijak menjaga kesihatan diri sejak muda membuatkan bila usia meningkat, mereka ini tidak alami masalah kesihatan seperti lazimnya.

BACA: Raut Wajah Manis & Ayu Bertudung, Polis PBB Dari Indonesia Ini Curi Tumpuan Ramai!

Setiap orang bila meningkat usianya pasti akan ada hobi yang mereka gemar lakukan. Maklumlah orang kata ‘di usia pencen’ ini banyak masa terluang yang boleh diisi.

Begitu juga seorang wanita yang tahun ini usianya sudah pun 80 tahun, Marjorie Scholes. Di masa lapang dia gemar melakukan rutin seorang gimnastik.

nenek gymnas 2

Wow, di usia begitu wanita ini masih mampu lakukan rutin yang memerlukan fleksibiliti tubuh!

Pasti ramai yang menyangka dia sudah biasa melakukannya sejak dari muda lagi bukan?

Tidak, sebenarnya Marjorie mula melakukannya sewaktu dia berumur 76 tahun dan dia pernah menduduki tempat kedua dalam kategori 45s untuk 2019 Adult Gymnastics British Championships yang berlangsung baru-baru ini.

National Vets 2015

Menurut Marjorie, dia mula berjinak-jinak dalam dunia gimnastik sejak empat tahun lalu selepas melihat cucunya bertanding dalam sukan ini. Dari situ dia mula tertarik dan menyertai kelas dan cuba melakukannya.

Baginya sukan ini amat menyeronokkan kerana dia dapat keluar rumah dan bersosial dengan teman-teman baru. Malah ia juga salah satu senaman yang bantu memberi fleksibiliti kepada anggota badan.

nenek gymnas

Kejayaan Marjorie ini membuktikan bahawa faktor usia bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang itu. Selagi tidak mencuba mana kita nak tahu akan kebolehan sebenar kita bukan?

Sumber: Metro UK

Screenshot_2019-08-07-06-47-28-009_com.instagram-tile

Datin Shahida Tunaikan Haji, Saat Perpisahan Dengan Anak-Anak Buat Ramai Sebak

cuci kasut putih main

Kasut Putih Kesayangan Kotor? Usah Risau Jom Ikuti Cara Untuk Bersihkan Ini…