in ,

Wanita Lahirkan Anak Dalam Grab, Mujur Dapat Pemandu Yang Cool!

ST_20190813_PABABY_5042232-tile

Tular di internet baru–baru ini tentang kisah seorang wanita warga Singapura yang melahirkan bayi perempuan di dalam sebuah Grab ketika dia dan suami dalam perjalanan ke hospital.

BACA: Remaja 15 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak Dipuji Ramai

Guru prasekolah bernama Shazwani berkata dia memesan perkhidmatan kereta e-hailing itu untuk pergi ke hopital Thomson Medical Centre setelah mengalami kontraksi yang kuat.

Tetapi selepas 10 minit dalam perjalanan, air ketubannya pecah di dalam kereta dan dia terpaksa menuruti kehendak tubuhnya untuk bersalin.

Kata wanita berusia 25 tahun itu dia membuat keputusan untuk ‘mencampakkan rasa malunya ke luar tingkap’ dan meneran keluar anaknya ketika itu juga. Sementara itu suaminya Kamarulnizam pada mulanya panik dengan situasi itu, tetapi sempat menyambut kelahiran anak ketiga mereka itu.

baby

Berikutan peristiwa itu, pasangan berkenaan sangat berterima kasih dan meminta maaf kepada pemandu mereka, Mr. Chia yang sangat rileks dan memahami akan situasi itu.

Malah, apabila mereka menghubungi Mr.Chia untuk berbincang tentang duit pampasan, pemandu itu menyuruh mereka menguruskan anak mereka dahulu.

 

Netizen turut memuji tindakan pemandu berkenaan dengan menggelarkannya sebagai hero manakala ada pula yang tertanya sama ada bayi tersebut dapat guna perkhidmatan Grab secara percuma seumur hidup.

“Bangga dengan Mr. Chia…”

Screenshot_2019-08-16-11-43-50-953_com.twitter.androidScreenshot_2019-08-16-16-53-12-565_com.twitter.android

“Namakan bayi itu ‘Grab’…”

Screenshot_2019-08-16-11-42-57-537_com.twitter.android  “Bayi tu dapat pekhidmatan percuma seumur hidup ke?”

Screenshot_2019-08-16-16-55-33-170_com.twitter.android

Sumber: Mothership

nikahkan kakak main

Remaja 15 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak Dipuji Ramai

budak buat hal main

Video Sekumpulan Budak Baring Atas Jalan & Baling Objek Ke Arah Kereta Cetus Kecaman Ramai!