in ,

Bingit Satu Rumah Bila Kucing Kesayangan Bawa Pulang ‘Hadiah’ Buat Tuannya, Netizen Terhibur!

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Sifatnya yang manja dan suka dibelai, kucing antara haiwan peliharaan kesayangan dan rapat dengan manusia. Memiliki bulu yang agak gebu dengan gelagat yang comel, siapa sahaja yang tidak sayang dengan kucing?

BACA: Memperkenalkan Anak Kucing Klon Pertama Dari China, Garlic 2.0. Wow, Hebat!

Namun ada satu tabiat yang rasanya ada pada kebanyakan kucing peliharaan. Tabiat membawa pulang ‘hadiah’ buat tuannya. Hadiahnya bukan biasa-biasa tau, ada yang sampai boleh buat kecohlah satu rumah!

Ini yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Twitter, Darleenzakir. Video memaparkan kucing kesayangannya membawa pulang tikus yang disangkakan sudah mati, tapi sebenarnya masih hidup! Haish, memang riuhlah satu rumah bila tikus itu terlepas.

Korang tonton sendiri rakamannya di bawah ini:

Perkongsian gadis meraih perhatian ramai dengan lebih 218,000 tontonan dan 18,000 retweets.

Di ruangan komen, ada netizen yang turut berkongsi kucing peliharaan mereka yang suka membawa pulang ‘benda-benda pelik’ ke rumah.

Bawa balik kepala ayam.

kucing bawa balik tikus 1

“Kucing saya…”

kucing bawa balik tikus 2

“…dia perhati je…”

kucing bawa balik tikus 3

Yang ini lain pula halnya. Bawa balik ular siap tak nak lepaskan pulak tu!

Ada juga netizen yang berdekah menonton video ini…

kucing bawa balik tikus 4

Korang pula ada pengalaman sebegini dengan kucing peliharaan? Memang haru dibuatnya kalau bawa haiwan yang masih hidup seperti ini.

Sumber: Darleen Zakir

tukar sampah dengan beras main

Tukaran Sampah Dengan Beras Ditawarkan Sebagai Inisiatif Atasi Masalah Pencemaran

page

Budak 5 Tahun Makan Cili Kerana Yakin Tidak Pedas, Ini Akhirnya Berlaku