in

Biodata Han Byul, Peserta Big Stage Musim Ke-2 Dari Korea Paling Menyerlah!

biodata han byul main

Rancangan realiti TV yang berkonsepkan pertandingan menyanyi yang mengetengahkan penyanyi muda, Big Stage sudah pun masuk musim kedua.

Menariknya kali ini, perserta pertandingan bukan sahaja terdiri rakyat Malaysia, tapi dari beberapa negara lain seperti Brunei, Korea Selatan dan Indonesia.

BACA: Dipuji ‘Humble’, Han Byul Suka Makan Sambal Belacan Siap Cicah Bersama Cempedak Goreng!

Satu-satunya peserta tunggal dari Korea Selatan, Han Byul menerima cabaran untuk menyertai rancangan realiti ini dengan mengetengahkan bakat vokal dan persembahan hebat yang dimilikinya.

Ternyata saban minggu persembahan darinya tidak pernah mengecewakan dan dia antara peserta yang paling menyerlah.

Malah cukup mengagumkan biarpun dia berasal dari Korea Selatan tapi dia boleh mempersembahkan lagu dalam bahasa Melayu dengan sempurna sekali. Jom kita kenali serba sedikit mengenai jejaka Korea Selatan ini…

Biodata

NAMA PENUH: Jang Han Byul
NAMA POPULAR: Han Byul
TARIKH LAHIR: 4 Julai 1990
TEMPAT LAHIR: Australia
ASAL: Korea Selatan
UMUR: 29 Tahun
INSTAGRAM: onestarbyul

Kerjaya

Figura ini mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sebagai vokalis utama kumpulan LEDApple dan bersama mereka terhasilnya album mini ‘CODA’ pada November 2011.

Selain dari pernah menyertai kumpulan itu, dia kemudiannya bergerak secara solo dengan ‘melahirkan’ beberapa lagu dari tahun 2013 hingga 2016 seperti ‘Call My Name’ OST buat ‘Marriage’, ‘Not Dating’, ‘Shooting Star’ OST ‘Sassy, Go Go’ dan banyak lagi.

Selain aktif menyanyi, dia juga adalah seorang personaliti televisyen yang pernah mengacarakan rancangan ‘After School Club’ dan menjadi peserta bagi rancangan realiti tv seperti ‘Code: Secret Room’, ‘Touch Q’, ‘Society Game’ dan terbaru ‘Big Stage 2’.

Koleksi Foto

biodata han byul 5-tile

biodata han byul 6-tile

biodata han byul 7-tile

biodata han byul 8-tile

biodata han byul 9-tile

biodata han byul 10-tile

biodata han byul 11-tile

han-byul-tile

jang-tile

biodata han byul 1-tile

biodata han byul 2-tile

biodata han byul 3-tile

biodata han byul 4-tile

Sumber: Wikipedia / onestarbyul 

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

sharnaaz8

“Ba Mintak Maaf Sayang…”- Sharnaaz Kongsi Video Anak, Ramai Doa Buatnya!

ulasan bola sepak viral main

Suara Lelaki Ulas Bola Sepak Malaysia VS UAE Melalui Instagram Ini Dipuji Ramai, Dah Macam Tengok TV!