in

Dakwa Boleh Bahayakan Kesihatan, Trump Pertimbang Haramkan Ribuan Jenis Perisa Rokok Elektronik

vape trump main
Picture credit to: Lindsay Fox at EcigaretteReviewed.com

Rokok elektronik atau dengan nama lainnya, e-ciggrate atau dipanggil vape menjadi satu trend terkini remaja dan dewasa. Dikatakan dapat membantu perokok tegar meninggalkan tabiat itu menggantikan dengannya, sejak akhir-akhir ini rokok elektronik ini sering menjadi isu penting pada kesihatan pengguna.

BACA: Tukaran Sampah Dengan Beras Ditawarkan Sebagai Inisiatif Atasi Masalah Pencemaran

Beberapa minggu lalu berita luar negara ada melaporkan mengenai seorang remaja yang dimasukkan hospital gara-gara menghisap vape terlalu kerap dan beberapa kes lain yang melibatkannya.

Di Malaysia pula, kedai-kedai yang menjual barangan untuk menghisap rokok elektrik ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun kehadiran alat ini menjadi kebimbangan kerana ia dianggap mengancam kesihatan pengguna.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Namun begitu, kebimbangan mengenai perkara ini bukan sahaja di Malaysia malah turut berlaku di luar negara. Terbaru, presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan pentadbirannya mencadangkan untuk membendung masalah ini.

Menurutnya mereka mencadangkan untuk mengharamkan ribuan cecair perisa yang digunakan dalam rokok elektronik ini di kalangan remaja.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Menurut Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) akan membangunkan garis panduan untuk menghapuskan pasaran cecair perisa rokok elektronik ini kecuali tembakau.

Bagaimanapun usul mengharamkan cecair berperisa rokok elektronik ini perlu mengambil masa beberapa minggu untuk dikaji serta input dari orang awam juga diperlukan sebelum melaksanakannya.

Sumber: The Guardian

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Budak 5 Tahun Makan Cili Kerana Yakin Tidak Pedas, Ini Akhirnya Berlaku

69216735_501052067355768_2718508361310005856_n-tile

Lakonan Dipuji, Peminat ‘Jeles’ Lihat Foto Hun Haqeem Bersama Bella Astillah